Language
EN | MS |

Glosari penjagaan

Glosari istilah penjagaan inkontinen

Sekiranya doktor atau ahli farmasi anda telah menggunakan istilah yang anda kurang arif atau anda kurang memahami maklumat pada bungkusan yang anda tidak pernah lihat sebelum ini, maka bacalah glosari yang disediakan untuk mendapatkan penerangan yang membantu.

Enuresis

Enuresis (juga dikenali sebagai kencing malam) merujuk kepada pengeluaran urin yang tidak disengajakan lalu membasahkan katil. Apabila ini berlaku ketika tidur pada waktu malam, maka ia dikenali sebagai enuresis malam.

Gangguan Saraf Pundi Kencing

Kerosakan saraf akibat penyakit boleh menjejaskan cara otak dan pundi kencing berkomunikasi. Ini mengakibatkan ketidakupayaan untuk mengawal pundi kencing atau mengosongkan ia sepenuhnya.

Guards

Ia merupakan pad pelapik inkontinen yang direka khas untuk lelaki. TENA®​ Guards direka dalam bentuk cawan mengikut kontur tubuh lelaki agar pad betul-betul sepadan dan selesa. Jalur pelekat menjamin pad tidak bergerak. Guards harus dipakai dengan seluar dalam lelaki berupa seluar pendek. Sesuai untuk inkontinen lelaki yang ringan dan sederhana.

Inkontinen

Ketakupayaan mengawal pembuangan air kencing dan/atau air besar.

Inkontinen bercampur

Secara harfiah, ia membawa maksud simptom campuran. Biasanya ia merupakan gabungan inkontinen tekanan (lihat di bawah) dan inkontinen desakan (lihat di bawah). Sekiranya anda mengalami kedua-duanya sekali, biasanya satu daripadanya akan lebih bermasalah berbanding yang lain. Jika anda mengalami ini, tumpukan kepada menangani simptom yang lebih kerap berlaku terlebih dahulu.

Inkontinen Desakan

Juga dikenali sebagai pundi kencing yang terlalu aktif dengan kebocoran kencing. Jenis ini yang paling biasa berlaku dalam kalangan lelaki. Anda mengalami desakan mendadak untuk membuang air kecil dan pundi kencing secara tidak sengaja mengeluarkan air kencing. Perasaan menggesa membuatkan seseorang itu tidak sempat ke tandas untuk membuang air. Ia boleh menyebabkan air kencing terkucil secara sedikit serta kerap antara mikturisi (pengencingan) dan pengosongan pundi kencing sepenuhnya. Pelbagai faktor boleh menyebabkan ini berlaku, seperti prostat membesar, jangkitan saluran kencing, pengambilan kopi atau minuman tenaga, batu pundi kencing, mukosa pasca menopaus yang sensitif, keadaan ginekologi seperti prolaps atau tumor ovari, dan sembelit.

Inkontinen fungsian

Ini merupakan sejenis ketidakupayaan untuk tiba ke bilik air tepat pada masanya disebabkan kecacatan fizikal atau mental.kerana kesukaran akibat kurang keupayaan fizikal atau mental. 

Inkontinen melimpah

Ini merupakan aliran air kencing yang kerap atau sekali sekala, biasanya disebabkan oleh halangan atau kerosakan saraf. Limpahan inkontinen urin berlaku apabila pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya, dan kemudian diisi semula dengan air kencing yang selebihnya.

Inkontinen tekanan

Inkontinen yang berlaku dengan penggunaan tenaga fizikal secara mendadak seperti batuk, bersin, ketawa, senaman atau mengangkat baranan berat. Biasanya ia hanya melibatkan pengeluaran sedikit air kencing dan keadaan ini berhubung kait dengan otot lantai pelvis yang kian lemah.

Inkontinen tinja

Inkontinen jenis ini merujuk kepada air besar terkeluar secara tidak sengaja.

Jangkitan Saluran Urinari (UTI)

Jangkitan Saluran Urinari adalah berpunca daripada bakteria yang memasuki saluran urinari. Jangkitan saluran urinari bahagian bawah terletak di uretra dan pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat ia boleh merebak melalui ureter ke satu atau kedua-dua bahagian buah pinggang.  Jenis jangkitan ini dikenali sebagai UTI Atas. 

Kebocoran pundi kencing

Juga dikenali sebagai kelemahan pundi kencing atau inkontinen urin. Ini bermaksud seseorang itu mengalami kesukaran mengawal pundi kencingnya. Ini boleh mengakibatkan air kecil terkeluar secara tidak sengaja.

Latihan lantai pelvis

Ini senaman untuk menguncup dan melonggarkan otot lantai pelvis. Senaman ini bertujuan untuk menguatkan otot dan boleh meningkatkan tekanan menutup uretra.

Otot pelvis

Otot lantai pelvis membentuk anduh yang lebar di celah kaki anda, dari tulang pubik di bahagian depan sehingga pangkal tulang belakang anda. Untuk mengekalkan kontinen, kita memerlukan sokongan otot lantai pelvis. Otot-otot yang penting ini membantu dalam kontinen urin dan tinja.

Pad

Direka untuk kebocoran pundi kencing ringan hingga berat dan keperluan inkontinen wanita. Kebanyakan pad TENA® dibungkus secara berasingan dan mempunyai jalur pelekat untuk dipakai dengan seluar dalam biasa.

Pelapik seluar dalam

Juga dipanggil pelapik, ia merupakan jenis pad terkecil dan ternipis yang boleh didapati. Pelapik inkontinen TENA® direka untuk melindungi kebocoran pundi kencing ringan, dan untuk memberi kesegaran setiap hari.

Pengencingan

Tindakan membuang air kecil (mengeluarkan air kencing atau membuang air kencing).

Prostat

Kelenjar pada lelaki yang terletak di dasar pundi kencing dan mengelilingi uretra. Ia menghasilkan cecair semasa ejakulasi. Bagi lelaki yang berusia, ada kalanya kelenjar menjadi lebih besar dan menghalang tiub air kencing. Simptomnya ialah aliran air kencing menjadi lemah.

Putus haid

Keadaan apabila edaran haid berhenti pada seorang wanita.

Seluar dalam

Di sini, “seluar dalam” adalah direka khas untuk melindungi masalah inkontinen. Seluar dalam untuk lelaki, dan seluar dalam untuk wanita TENA® adalah sesuai untuk penjagaan kebersihan diri orang tersayang. “Slip” atau “seluar dalam” ini diiikat ketat dengan tab pelekat dan mudah ditanggalkan. Turut dikenali sebagai lampin dewasa, seluar dalam inkontinen mampu memberikan penyerapan maksimum untuk perlindungan inkontinen yang terbaik.

Seluar dalam

Kami menggunakan perkataan seluar dalam untuk seluar inkontinen bagi lelaki dan wanita. Produk seluar dalam TENA® direka untuk disarung dan ditanggal seperti seluar dalam biasa. Produk ini memberi perlindungan inkontinen sederhana sehingga berat.

Sistem & Pad Seluar

Produk sistem inkontinen gabungan 2 keping pad dan seluar yang direka untuk dipakai bersama. Pad ini membolehkan padanan ikut badan yang lebih teliti apabila dipakai dengan seluar inkontinen TENA® yang mana ianya boleh diguna semula dan pakai buang. Ia adalah untuk perlindungan inkontinen sederhana hingga berat.

Slip Dewasa/Seluar Dalam

TENA® merujuk kepada “slip” atau “seluar dalam” dewasa. “Slip” atau “seluar dalam” ini diiikat ketat dengan tab pelekat dan mudah ditanggalkan.

Tisu lap

Tisu lap inkontinen TENA® dan kain lap disediakan dalam saiz khusus untuk orang dewasa. Ia digunakan untuk membersihkan dan melegakan kulit dengan lembut.

Titisan selepas membuang air kecil

Ini berlaku ketika pundi kencing (uretra) tidak kosong sepenuhnya dan terus bocor selepas selesai membuang air kecil. Ini juga biasa berlaku apabila otot lantai pelvis menjadi lemah.

Ultra thins

Pad TENA® Ultra Thin adalah direka khusus untuk perlindungan yang teliti. Ia jauh lebih nipis tetapi pada masa sama tetap memberi perlindungan yang sama seperti pad inkontinen biasa.

Underpads

Underpads, kadang-kadang dipanggil pad katil, ialah pad penyerap yang besar. Ia direka untuk melindungi permukaan di mana anda boleh duduk atau berbaring, seperti katil, kerusi dan perabot. TENA® Underpads disediakan dalam pelbagai saiz dan gaya.