Lebih dikenali dengan nama singkatannya
inkontinen tekanan, inkontinen jenis ini lazimnya berlaku ke atas wanita. Inkontinen jenis ini menyumbang hampir 10% daripada inkontinen yang membabitkan lelaki.Ia sering berlaku apabila otot lantai pelvis yang menyokong pundi kencing menjadi lemah. Tekanan pada pundi kencing anda boleh meningkat apabila anda ketawa atau batuk. Otot lantai pelvis tidak dapat mengemut secukupnya untuk menyimpan kesemua air kencing di dalamnya. Justeru mengakibatkan kebocoran kencing, biasanya dalam jumlah yang sedikit. Namun boleh jadi juga ia terbocor dengan banyak untuk sesetengah orang.
Wanita - Golongan yang paling besar kemungkinan mengalami
inkontinen tekanan adalah wanita yang hamil, selepas bersalin dan berusia 40 tahun ke atas. Itulah ketikanya otot lantai pelvis berkemungkinan menjadi rosak dan/atau lemah. Bagaimanapun, wanita pada semua peringkat usia juga terdedah kepada risiko inkontinen jenis ini. Satu daripada tiga wanita akan mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia biasanya berlaku ke atas wanita muda semasa bersukan..