Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Tentang Alzheimer

Wanita warga emas dan wanita muda menggunakan komputer

Alzheimer dan orang tersayang

Sekiranya orang terdekat anda telah didiagnosis dengan Alzheimer, kemungkinan besar anda sudah berunding dengan doktor. Namun,ada baiknya jika anda belajar lebih lanjut mengenai penyakit ini. Terdapat ramai penjaga seperti anda mencari sokongan dalam talian melalui organisasi Alzheimer profesional. Anda boleh mendapatkan maklumat daripada Alzheimer Europe di bawah. Laman ini mungkin dapat membantu anda untuk lebih memahami keadaan dan tingkah laku orang tersayang.

Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer (AD) ialah penyakit neural degeneratif yang merosakkan sel-sel otak secara perlahan dan progresif. Sebagai demensia yang paling biasa, ia meliputi 60-65% daripada kes dimensia di seluruh dunia. Ia dinamakan sempena ahli neurologi Jerman Aloïs Alzheimer, yang buat pertama kalinya pada 1907 menghuraikan simptom serta ciri neuropatologi penyakit tersebut, seperti plak amiloid dan kusut di otak. Penyakit Alzheimer menjejaskan memori dan fungsi kognitif, yang kemudiannya mejurus kepada kekeliruan, perubahan emosi dan disorientasi dalam masa dan ruang. Ia bukan bersifat berjangkit.
 
Penyakit Alzheimer lazimnya didiagnosis pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas mesikpun ada juga kes yang jarang di mana peringkat awal penyakit ini dikesan pada orang muda. 
 
Simptom awal, seperti masalah ingatan dan kehilangan separa keupayaan kognitif tertentu mungkin tidak disedari pada mulanya oleh orang yang menghidapinya mahupun keluarga terdekat mereka Bagaimanapun, sebaik penyakit ini bertambah teruk, simptom-simptomnya akan mula kelihatan ketara dan mengganggu kehidupan seharian pesakit. Pesakit akan menghadapi kesukaran untuk melakukan rutin harian seperti memakai pakaian, membersihkan diri dan pergi ke tandas dan keadaan itu akan bertambah teruk secara beransur-ansur. Akhirnya, pesakit Alzheimer mungkin terpaksa bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk membantunya dengan rutin harian.
Penyakit ini menyebabkan kemerosotan kesihatan secara menyeluruh dan boleh membawa maut. Penyebab kematian yang biasanya dikaitkan dengan penyakit Alzheimer adalah ialah radang paru-paru.Ini kerana apabila penyakit itu semakin memburuk, sistem imun pesakit itu akan merosot dan seterusnya menyebabkan berat badan menurun mendadak dan keadaan ini meningkatkan risiko jangkitan tekak dan paru-paru.
 
Malangnya setakat ini masih belum ada penawar untuk penyakit ini, walaupun banyak penyelidikan telah dijalankan di seluruh dunia.oleh para saintis.

Ciri-ciri utama penyakit Alzheimer

Ciri-ciri penyakit Alzheimer merangkumi Hilang ingatan, Apraxia-Aphasia-Agnosia, Komunikasi, Perubahan personaliti, Perubahan Tingkah laku dan Fizikal. 
 
Baca lebih lanjut di Alzheimer-europe.org.