Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Mengenai demensia

Wanita warga emas dan wanita muda sedang bergelak ketawa

Memahami tanda-tanda demensia

Jika orang yang rapat dengan anda semakin berlanjutan usia, mereka mungkin mula menjadi pelupa. Atau mudah terkeliru. Atau tidak dapat melakukan tugas yang mereka biasa lakukan dengan mudah. Tanda-tanda tersebut berkemungkinan demensia permulaan, sejenis gangguan yang biasanya berlaku pada usia tua. Apa yang penting ialah ingatkan tanda-tanda ini dan pelajari sebanyak yang mingkin tentang keadaan mereka. Memahami apa yang mereka lalui setiap hari secara mendalam akan membantu anda memberikan penjagaan terbaik kepada orang tersayang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang demensia daripada rakan kongsi kami ​Dementia Forum  di bawah. 

Apakah itu demensia?

“Demensia” ialah istilah generik untuk pelbagai simptom yang disebabkan oleh kerosakan pada otak. Ia boleh menonjol dengan cara yang berbeza, bergantung pada bahagian otak mana yang terjejas. Biasanya, ingatan dan keupayaan seseorang untuk merancang dan menjalankan tugas seharian akan terjejas. 
 
Keupayaan bahasa, orientasi serta konsep waktu seseorang adalah keupayaan kognitif lain yang terjejas teruk. Kebimbangan, kemurungan dan perubahan tingkah laku juga boleh menjadi sebahagian daripada simptom penyakit tersebut. Simptom-simptom tersebut menjadikannya sukar bagi pesakit demensia untuk menjalani kehidupan tanpa sokongan daripada orang terdekat mereka.
 
Istilah “demensia” menjelaskan satu set simptom yang merangkumi kehilangan ingatan, perubahan emosi, serta masalah dengan komunikasi dan pertimbangan. Terdapat banyak jenis demensia. Demensia yang paling lazim ialah penyakit Alzheimer dan demensia vaskular.

Jenis demensia yang berbeza

Kebanyakan demensia adalah bersifat progresif, dan ini bermakna simptomnya akan bermula secara perlahan dan memburuk secara beransur-ansur. Jika anda atau orang tersayang mengalami kesukaran untuk mengingati sesuatu atau perubahan lain dalam kemahiran berfikir, jangan mengabainya. Jumpa doktor dengan segera untuk menentukan puncanya. Penilaian profesional boleh mengesan keadaan yang boleh dirawat. Dan walaupun simptom menunjukkan demensia, diagnosis awal membolehkan seseorang itu mendapat manfaat maksimum daripada rawatan yang sedia ada selain berpeluang menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk ujian klinikal atau kajian melibatkan penyakit berkenaan. Ia juga memberi masa untuk merancang masa depan.

Penyakit

Demensia bukanlah penyakit tunggal. Ia cuma satu istilah generik untuk pelbagai simptom yang mungkin disebabkan oleh penyakit dan jenis kerosakan yang berlainan. Kami telah memilih untuk menumpukan pada lima bentuk demensia yang paling lazim, namun kami tetap juga menerangkan secara ringkas beberapa bentuk demensia yang lain.  
 
Penyakit Alzheimer - Penyakit ini boleh menyukarkan seseorang itu untuk berkomunikasi. Diagnosis awal adalah penting.
 
Demensia vaskular - Demensia vaskular biasanya memburuk dengan cepat atau perlahan selepas seseorang itu diserang angin ahmar tenat atau ringan. 
 
Demensia fronto-temporal - Demensia fronto-temporal ialah salah satu penyakit demensia degeneratif yang utama.
 
Penyakit Huntington - Penyakit Huntington jarang berlaku: 5 daripada setiap 100,000 orang dijangka mendapat penyakit ini. 
 
Demensia badan Lewy - Demensia badan Lewy dianggarkan menyumbang di antara 2-20 peratus daripada semua kes demensia.
 
Demensia bercampur - Demensia bercampur merupakan keadaan di mana beberapa simptom berkaitan demensia berlaku serentak. 
 
Penyakit demensia sekunder - Penyakit demensia sekunder merangkumi lebih kurang lapan puluh penyakit dan kecederaan, contohnya. tumor otak, penyalahgunaan alkohol dan lain-lain kekurangan nutrisi.
 
Penyakit Parkinson - Penyakit Parkinson adalah disebabkan oleh kekurangan pengutus neuro (neurotransmitter) yang dipanggil dopamin dan menyumbang sebanyak 1.2-3 peratus daripada semua kes demensia.

Hidup dengan demensia

Anda bersama saudara-mara anda mungkin terkejut dan terganggu emosi sebaik menerima diagnosis yang mengesahkan anda menghidap demensia. Bagaimanapun, adalah penting untuk anda mengakui bahawa anda perlu terus hidup dengan cekal. Meraih peluang dan menghadapi cabaran adalah lumrah kehidupan. Jangan sesekali berputus asa walaupun berdepan situasi sukar. 
 
Baca lebih lanjut di dementiaforum.org.