Salah satu aspek dalam penjagaan warga emas yang anda harus titikberatkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa: Jagalah kulit mereka dengan elok.
Kita semua memerlukan kulit kita untuk kekal sihat. Kebahagiaan dan keselesaan hidup kita bergantung padanya. Tetapi apabila usia kita semakin meningkat, kulit kita turut menua, menjadi sensitif dan terdedah kepada risiko kecederaan.
Masalah inkontinen boleh menjengkelkan kulit dan menjadikannya lebih mudah terdedah kepada dermatitis, jangkitan dan ruam. Pembersihan kerap dengan sabun dan air akan memburukkan lagi keadaan. Selain itu, air kencing boleh menyebabkan kulit berbau.