Ramai penjaga yang menggunakan produk “tanpa-bilas” sebagai pengganti kepada kaedah membersih lama, iaitu dengan sabun dan air, mendapati ia lebih berkesan dan memudahkan tugas mereka. Penggunaan produk “tanpa bilas” ini dapat mengurangkan kekerapan kulit perlu dicuci dengan air, yang boleh menyebabkan ianya menjadi kering.
TENA Wash Cream kami ialah pembersih yang lembut, tanpa bilas yang ditambah dengan keupayaan melembap dan melindungi kulit warga emas.
Jangan terkejut jika anda mendapat tahu bahawa syampu kini juga boleh didapati dalam formula "tanpa bilas". Syampu jenis ini amat membantu untuk terutamanya penjaga yang perlu melakukan rutin membersih untuk orang tersayang yang banyak menghabiskan masa terlantar di katil. Untuk membantu orang tersayang kekalkan rambut mereka wangi dan segar, cubalah
TENA Shampoo Cap kami.
Bau kurang menyenangkan sememangnya tidak dapat dielakkan oleh orang yang menderita masalah
inkontinen. Keadaan ini membuatkan mereka berasa malu atau tidak selesa. Bagaimanapun, adalah penting juga untuk tidak menggunakan secara berlebihan produk haruman yang bertujuan untuk menutup bau semata-mata.
Rangkaian produk penjagaan kulit tanpa bilas TENA kami bukan sahaja dapat membantu orang tersayang berasa segar, tetapi juga boleh bertindak mengawal dan menghilangkan bau.
Bagi memudahkan lagi rutin penjagaan kebersihan diri orang tersayang, anda boleh cuba menggunakan produk serba guna seperti yang ditawarkan dalam rangkaian
syampu dan mandian TENA kami Ini membolehkan anda menggunakan hanya satu produk, dan bukannya dua, untuk menjaga kulit dan rambut orang tersayang secara serentak.
Sediakan pelbagai jenis tisu lap pakai buang. Ini bagi memudah dan melancarkan anda melaksanakan rutin pembersihan harian orang tersayang.
- Tisu lap kering sekali pakai boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan bersilang yang kadang kalanya berpunca daripada penggunaan tuala boleh digunakan semula.
- Tisu lap wet wipes sekali pakai pula mudah digunakan kerana ia boleh membersih dan menyegar dengan cepat di antara waktu mandi atau semasa anda membantu orang tersayang menyalin produk inkontinen.
Anda boleh memperoleh lebih banyak maklumat mengenai tisu lap TENA yang dirumus khas kami. Tisu ini akan membantu mempercepatkan dan memudahkan rutin kebersihan orang tersayang anda. Dihasilkan dengan tekstur khas dan bahan yang lembut, anda pasti berasa yakin dengan kemampuan tisu lap keluaran kami untuk membersih dan melegakan kulit halus orang tersayang.