Anda mungkin menyedari bahawa terdapat perubahan yang berlaku pada kulit orang tersayang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit kita akan kehilangan lemak secara beransur-ansur dan ia tidak lagi selicin seperti dahulunya. Ia menjadi kian nipis dan lemah. Calar, luka, atau lebam akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Pelbagai faktor boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang:
- keadaan kesihatan
- merokok
- udara kering
- tidak minum air dengan secukupnya
- tekanan
- bertahun-tahun menjemur di bawah matahari
- perubahan keadaan kulit juga boleh disebabkan oleh pengamalan pemakanan yang kurang baik
Dengan usia yang meningkat juga, kulit seseorang juga kurang menghasilkan minyak pelindung semulajadi. Keadaan itu boleh menyebabkan kedutan, kekeringan dan bintik-bintik umur pada kulit.
Kesemua faktor tersebut meningkatkan risiko kerosakan pada kulit warga emas. Itulah sebabnya anda perlu melindungi kulit orang kesayangan dari terjejas kerana masalah inkontinen dengan sedaya upaya. Sekiranya tidak dikawal, kelembapan dari air kencing dan/atau tinja boleh merosakkan kulit. Kawasan yang paling memerlukan perlindungan adalah berhampiran dengan pinggul, alat kelamin, dan antara pelvis dan rektum (kulit perineum).