Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Penuaan & inkontinen

Apakah yang akan berlaku apabila usia mereka semakin meningkat?

Apakah perkara pertama yang perlu dilakukan jika orang tersayang hilang keupayaan untuk mengawal pundi kencing dan/atau usus mereka? Cuba tenangkan diri. Anda dan orang tersayang mungkin berasa janggal dan malu pada permulaannya. Tetapi yakinlah: inkontinen ialah masalah yang sering dihadapi dan ada cara yang anda boleh membantu orang tersayang untuk mengatasinya.
 
Sekiranya anda ada meneliti orang tersayang beransur tua saban tahun, anda mungkin sedar akan perubahan pada keadaan fizikal mereka. Mereka mungkin tidak lagi begitu sihat atau cergas seperti sebelum ini. Penglihatan dan pendengaran mereka juga mungkin tidak begitu baik sekarang. Kesemua ini adalah perkara biasa. 
 
Dan mereka mungkin mengalami masalah yang sama dengan sistem urinari mereka. Apabila usia semakin lanjut, sistem urinari tidak lagi berfungsi dengan baik berbanding pada usia muda. Akibatnya mereka boleh hilang sedikit atau sepenuhnya kawalan ke atas pundi kencing dan usus mereka. Keadaan ini biasa dan dipanggil inkontinen. 
 
Masalah inkontinen boleh membawa rasa malu and kekecewaan kepada orang tersayang anda. Pergi ke tandas, yang dahulunya mereka dapat lakukan dengan mudah, tiba-tiba menjadi di luar kawalan mereka.  
 
Anda boleh membantu dengan menunjukkan sikap bertimbang rasa. Cuba ketepikan rasa malu atau terlalu kritikal terhadap keadaan mereka. ​Ketahui lebih lanjut mengenai inkontinen, dan perkara-perkara praktikal yang boleh anda lakukan untuk orang tersayang. Jaga mereka dengan penuh kasih sayang dan ini boleh mengeratkan lagi hubungan anda berdua. 
 
Untuk memahami keadaan orang tersayang dengan lebih baik, mengambil kira perubahan yang berlaku dalam badan mereka yang menua.

Mengapakah orang tersayang anda menjadi inkontinen?

Apabila usia mereka semakin lanjut, organ, otot dan saraf mereka mungkin berhenti berfungsi bersama dengan berkesan. 
 
Untuk mengekalkan kontinen, kita memerlukan sokongan daripada otot lantai pelvis dan otot sfinkter. Otot-otot yang penting ini membantu dalam kontinen urinari dan tinja. Apabila usia kita semakin lanjut, otot-otot ini mungkin akan menjadi lemah atas sebab-sebab lain. Justeru, keadaan ini mengakibatkan inkontinen. Ia juga mungkin kerana saraf yang menghubungkan otak dan pundi kencing menghantar isyarat yang salah. 
 
Di samping itu, disebabkan oleh faktor umur, buah pinggang dan pundi kencing kita mungkin tidak berfungsi sebaik ketika kita masih muda. (Secara amnya, buah pinggang seorang berumur yang sihat akan terus berfungsi secara normal. Namun, penyakit, ubat-ubatan, dan lain-lain keadaan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang) 
 
Perubahan berikut boleh menyumbang kepada inkontinen:  
Apakah yang berlaku kepada buah pinggang apabila umur kita semakin meningkat?

Risiko kemerosotan fungsi renal juga meningkat seiring dengan umur kita. Ini dilihat sebagai pengurangan aliran darah ke buah pinggang dan pengurangan pengeluaran hormon antidiuretik (ADH). Hormon ini memekatkan air kencing (mengembalikan air ke dalam badan). Apabila tahap hormon ini berkurangan, lebih banyak air kencing dihasilkan terutama pada waktu malam. Ini juga sebabnya mengapa keperluan ke tandas sebanyak 1-2 kali setiap malam di kalangan warga emas dianggap perkara biasa.

Apakah yang berlaku pada pundi kencing kita apabila umur kita semakin meningkat?

Pundi kencing merupakan satu kantung otot. Apabila umur kita semakin meningkat, otot-otot akan menghadapi risiko kehilangan ketegangan dan fungsinya. Ini mengurangkan keupayaan untuk mengecut dan menguncup. Akibatnya, pundi kencing akan mengambil masa yang lebih lama untuk dikosongkan dan mungkin tidak sepenuhnya dengan sedikit air kencing masih tersimpan dalam pundi kencing.
 
Pundi kencing juga menjadi kurang elastik dan tidak boleh menampung air kencing yang banyak seperti sebelumnya. Refleks pengosongan akan dicetuskan apabila pundi kencing hampir penuh. Ini memberikan tempoh amaran yang agak singkat untuk warga emas pergi ke tandas untuk membuang air kecil.
 
Uretra boleh menjadi tersekat. Bagi golongan wanita, keadaan ini diakibatkan oleh otot lemah yang menyebabkan pundi kencing atau faraj terkeluar dari kedudukan (prolaps). Bagi golongan lelaki pula, kelenjar prostat yang membesar boleh menyebabkan uretra tersekat. Adalah penting untuk masalah ini dikesan awal supaya ia boleh menerima rawatan yang sewajarnya.
 
Simptom boleh termasuk:
  • kesukaran untuk mengeluarkan air kencing pada permulaan.
  • merasakan pundi kencing tidak dikosongkan walaupun sudah selesai membuang air
  • aliran air kencing terganggu atau perlahan
  • kerap terdesak untuk membuang air dan sering membuang air pada waktu malam
Kesukaran mengosongkan pundi kencing sepenuhnya boleh menyebabkan baki air kencing masih tersimpan di dalamnya yang membawa kepada inkontinen melimpah. Keadaan ini juga menimbulkan risiko jangkitan saluran urinari.
 
Jika pergerakan orang tersayang menjadi terbatas disebabkan usia lanjut, mereka mungkin menghadapi kesukaran pergi ke tandas. Akibatnya, mereka mungkin tidak sempat untuk sampai ke tandas pada waktunya. Oleh itu, mereka terpaksa bergantung pada penjaga seperti anda untuk membantu dengan masalah inkontinen mereka.

Ketahui lebih lanjut

Untuk menjadi seorang penjaga yang baik, adalah penting untuk anda memahami proses penuaan dan bagaimana ia menjejaskan keupayaan kognitif dan bergerak. Ketahui lebih lanjut mengenai perubahan berkaitan umur dan bagaimana anda dapat membantu orang tersayang dalam artikel berikut: