Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Keselamatan di rumah untuk warga emas

Rumah yang selamat untuk warga emas

Sebagai penjaga kepada orang tersayang, anda terutamanya yang bertanggungjawab untuk membantu mereka bergerak. Dan ini adalah penting, kerana keupayaan bergerak akan membolehkan mereka menikmati lebih banyak kebebasan.
 
Dengan meluangkan masa bersama mereka di rumah mereka/anda, anda akan dapat mengenal pasti risiko dan sekaligus mengelakkan berlakunya perkara tidak diingini yang boleh mengancam mobiliti mereka. Berikut adalah langkah-langkah untuk menanganinya. 
 
Pertama, perhati sama ada mereka mengalami salah satu daripada keadaan yang berikut:
  • Masalah mobiliti
  • Isu keseimbangan
  • Kemahiran motor terjejas
  • Masalah penglihatan
  • Demensia, kekeliruan atau batasan mental yang lain
Sekiranya orang tersayang mengalami mana-mana di atas, cuba letakkan diri dalam situasi mereka. Cuba tiru gerak-geri mereka dalam rumah. Periksa lantai, karpet dan permaidani - adakah ia licin? Naik mana-mana anak tangga yang mungkin digunakan oleh orang tersayang. Tanya diri anda jika kasut atau selipar mereka akan dapat mencengkam lantai dengan elok. Adakah susur tangga teguh? Adakah mudah bagi mereka untuk ke tandas? Dan adakah pergerakkan keluar masuk ke tab mandi dan ruang mandi pancuran selamat ?  

Perkara paling merbahaya

Perkara paling merbahaya yang boleh mengancam mobiliti seorang warga emas ialah terjatuh. Kejatuhan boleh mengakibatkan patah tulang, lebam dan rasa takut yang berterusan kerana khuatir kejadian akan berulang. Tulang warga emas mudah patah berbanding orang muda, di samping mengambil masa yang lama untuk sembuh, tetapi mungkin tidak sepenuhnya. Kejatuhan merupakan penyebab utama kepada kecederaan serius, terutamanya jika ianya berlaku di dapur atau di tangga. Jadi, cuba sedaya upaya untuk mengelakkan ia daripada berlaku. Inkontinen boleh menjadi masalah besar sekiranya orang tersayang hilang keupayaan untuk bergerak. Ini kerana mereka mungkin tidak lagi mampu pergi ke bilik air bersendirian.

Apakah yang boleh anda lakukan?

Ubah suai rumah orang tersayang untuk mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan mereka terjatuh. Beli dan pasangkan produk dan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan orang tersayang bergerak dengan selamat dan selesa.