Pastikan rumah anda dilengkapi dengan segala produk inkontinen yang betul supaya tugas penjagaan boleh berjalan lancar. Persediaan yang baik akan memudahkan anda untuk membantu orang tersayang berasa bersih dan selesa. Sediakan satu kit yang dilengkapi produk inkontinen, tisu lap, beg boleh tutup semula serta pakaian salinan tambahan agar anda sentiasa bersiap sedia untuk membantu orang tersayang apabila perlu. Jika anda berhasrat untuk membawa orang tersayang untuk bersiar-siar, pastikan merancang terlebih dahulu perkara seperti mengenalpasti di mana ada tandas berdekatan atau tempat yang anda boleh membersih dan menyalin untuk mereka.