Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Penuaan dan keupayaan bergerak

Wanita warga emas dengan dua wanita muda di luar

Masih boleh berdikari

Ia sememangnya bagus jika orang tersayang masih mampu bergerak bersendirian. Ini bermaksud mereka boleh berdikari dan boleh menjalani rutin harian seperti pergi ke bilik air tanpa perlu dibantu. Oleh itu, biarkan mereka bergerak seberapa lama yan mungkin kerana kebolehan untuk berdikari melambangkan maruah seseorang itu.
 
Bagaimanapun, faktor usia meningkat akan menjadi penghalang jua kelak. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang otot dan sendi menjadi manusia akan semakin menjadi lemah apabila usia lanjut. Koordinasi dan keseimbangan kita akan menjadi kian merosot. Ini bermakna bahawa pergerakan kita akan mula terbatas dan tidak seperti dahulunya lagi. Jika itulah keadaan yang menimpa orang jagaan anda, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka.  
 
Bagaimanakah anda boleh membantu mereka mengekalkan mobiliti? Salah satu caranya adalah dengan menggalakkan mereka untuk kerap bersenam. Pergerakan badan dan senaman boleh menguatkan otot dan tulang. Kedua-duanya juga boleh mengurangkan masalah keseimbangan. Namun, orang tersayang anda perlu melakukan sebarang aktiviti dengan berhati-hati. Maka lebih elok jika anda, kawan, atau pekerja sosial boleh turut serta bersenam bersama mereka.
 
Selain itu, untuk membantu mobiliti mereka, pastikan juga persekitaran rumah selamat untuk mereka bergerak. Seseorang yang sudah lanjut usianya boleh patah tulang dengan hanya sekali jatuh kerana kerana kerapuhannya. Hanya satu kemalangan kecil sudah memadai untuk menjejaskan keyakinan mereka walaupun untuk berdiri semula, apatah lagi berdikari. Oleh itu, cuba elakkan mereka  daripada tergelincir atau tersandung. 
Apabila pergerakkan mereka menjadi terbatas

Orang tersayang anda mungkin mendapati diri merekasemakin untuk bergerak. Jadi, anda mungkin diperlukan untuk membantu mereka dengan rutin seharian yang mudah dilakukan diri mereka  dahulunya -  misalannya, bangun dari katil, memakai pakaian atau ke tandas.

Cara untuk membantu

Sebagai seorang penjaga, anda boleh membantu orang tersayang untuk bergerak tetapi pada masa sama meninggalkan sedikit ruang untuk mereka melakukannya sendiri. Jika pergerakan mereka terbatas, maka anda perlu membantu mereka dengan perkara yang mahu dilakukan.
 
Pastikan:
  • rumah mereka/anda selamat untuk mereka bergerak - lihat Keselamatan di rumah untuk warga emas
  • mereka tahu bagaimana untuk pergi ke bilik air dan pergi ke tandas sendiri; atau, jika mereka tidak dapat melakukannya, ingatkan mereka untuk meminta bantuan anda;
  • mereka tahu di mana anda berada dan siapa yang harus dihubungi jika berlaku sebarang masalah; 
  • mereka boleh mencapai telefon bimbit atau peranti lain untuk mereka memanggil/menelefon/menghantar isyarat bunyi jika mereka menghadapi masalah.

Cari persefahaman bersama

Ramai daripada kita memilih untuk merahsiakan keperluan ke tandas. Dan begitu jugalah orang tersayang yang mungkin berasa janggal untuk memberitahu anda apabila mereka perlu ke tandas. Oleh itu, adalah penting untuk mencari persefahaman bersama di mana dia boleh memaklumkan kepada anda apabila perlu ke tandas. Ia boleh jadi dalam bentuk satu ungkapan atau isyarat yang menghormati perasaan mereka.

Mengurangkan insiden inkontinen

Anda boleh membantu orang jagaan anda untuk berasa lebih yakin dengan mencegah berlakunya insiden inkontinen. Cuba dan galakkan orang tersayang pergi ke tandas pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh menjadi suatu tabiat dan mengurangkan insiden inkontinen.
 
Sekiranya dia mengalami kesukaran untuk sempat pergi ke tandas, cuba menggunakan produk inkontinen sekali pakai. 
 
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat TENA, lihat Kelebihan TENA.