Kebersihan diri yang baik
Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk kesihatan dan keselesaan orang tersayang adalah membantu mereka dengan kebersihan diri mereka. Namun, ini adalah bahagian penjagaan yang sangat peribadi, dan sesetengah penjaga berasa malu pada permulaannya. Walaupun ini mungkin sesuatu yang mencabar kepada anda, namun. membantu mereka merupakan detik-detik penjagaan yang paling menggembirakan. Ia juga dapat membantu mengeratkan ikatan antara anda berdua.