Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Orang tersayang memerlukan bantuan dari jauh

Anda mungkin tinggal berjauhan dari orang tersayang yang memerlukan sokongan anda – contohnya, ibu bapa anda. Dan anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh anda lakukan untuk mereka. Ramai penjaga berada dalam situasi sebegini. Pengalaman mereka telah menunjukkan bahawa anda boleh membantu, walaupun dari jarak yang jauh. Anda boleh:
 
  • beri sokongan emosi kepada orang tersayang melalui kenalan bersama anda
  • selaraskan perkhidmatan untuk mereka (contohnya, mengaturkan penjaga atau khidmat kebersihan diri untuk melawat mereka, seterusnya membuat susulan pada masa yang tertentu, bagi memastikan tiada sebarang masalah)
  • mengurus rekod kesihatan dan perubatan mereka, dan menemani mereka ke lawatan perubatan
  • cuba ambil tahu bila mereka mahu ditemani, dan mengaturkan ahli keluarga atau kawan untuk melawat mereka pada waktu itu
Penjagaan jarak jauh mungkin merupakan suatu cabaran. Tetap pasti ada ikhtiarnya untuk melaksanakannya. Berikut beberapa cadangan untuk menolong anda membantu orang tersayang yang tinggal berjauhan dari anda:

Buat perancangan

Cara yang baik untuk bermula adalah untuk memahami keadaan mereka, kesukaran yang mereka mungkin hadapi dan tahap bantuan yang mereka perlukan. Cuba untuk mengenal pasti sumber setempat dan pilihan yang boleh anda urus dari jauh. Buat nota mengenai keadaan perubatan orang tersayang dan sebarang isu undang-undang atau kewangan. 
 
Termasuk nombor telefon, maklumat insurans, nombor akaun dan butiran penting yang lain. Selain itu, dapatkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh tentang penyakit orang tersayang dan sebarang rawatan yang diperlukan.

Kebersihan diri dan produk inkontinen

Oleh kerana mereka hidup bersendirian, barangkali orang tersayang boleh menjaga diri sendiri pada kebanyakan masa. Walaupun demikian, anda boleh membantu memudahkan kehidupan mereka dengan membantu mereka memilih jenis perlindungan inkontinen yang sesuai. Seluar sekali pakai inkontinen TENA direka seperti seluar dalam biasa - mudah dipakai dan tidak memerlukan bantuan untuk memakainya. Lihat betapa mudahnya mereka menggunakan seluar inkontinen TENA – tonton video ini.
 
Anda boleh bantu memesankan bekalan produk tertentu yang mereka perlukan, dan hantarnya ke alamat mereka. Pesan dalam talian di Kedai Web TENA.

Wujudkan rangkaian hubungan setempat yang anda boleh hubungi

Sekiranya anda berjauhan dari orang tersayang, anda boleh membuat pengaturan dengan keluarga, jiran dan rakan-rakan untuk melawat dengan kerap bagi pihak anda. Mereka boleh memaklumkan kepada anda tentang keadaan orang tersayang. Anda mungkin boleh mencadangkan kepada mereka bahawa anda boleh menggajikan seorang penjaga profesional setempat untuk menjaga dan menemani mereka. Apa pun perancangan anda dengan mereka, mereka perlukan senarai hubungan setempat. Ini penting sekiranya berlaku kecemasan. 

Melawat mereka dengan kerap & kekal berhubung

Sudah tentu, adalah baik sekiranya anda sendiri melawat orang tersayang apabila anda kelapangan. Dengan itu anda boleh tahu keperluan fizikal, emosi dan kewangan mereka. Apabila anda tidak dapat melawat sendiri, telefon pintar, tablet dan Web boleh membantu anda berdua untuk sentiasa terhubung. 
Skype, WhatsApp, Viber, Facebook Messenger dan Apple FaceTime ialah cara baik untuk kekal berhubung. 
 
Jika orang tersayang mempunyai telefon bimbit, pastikan mereka tahu cara menggunakannya. Dan mereka telah menyimpankan nombor penting di dalamnya. Sesetengah penyedia perkhidmatan menyediakan tutorial dalam talian atau dalam kedai secara percuma dan pelan panggilan murah untuk warga emas yang menggunakan telefon mereka untuk kecemasan sahaja. 
 
Selain itu, pengubahsuaian telefon untuk kegunaan warga emas ialah satu idea yang bagus – sebagai contoh, arahan yang diaktifkan oleh suara, butang yang lebih besar, dan keserasian dengan alat bantu pendengaran. 

Bersedia untuk kecemasan

Cuba berfikir dan tanya diri anda apa yang akan anda lakukan jika orang tersayang mengalami kecemasan. Menyimpan maklumat hubungan setempat yang boleh tersedia dalam waktu singkat. Selain itu, anda perlu bersedia, wang perlu diperuntukkan untuk perjalanan ke rumah orang tersayang – pada bila-bila masa.
 
Anda mungkin boleh membeli gelang penggera untuk dipakai oleh mereka – jika mereka bersetuju. Ia boleh diaktifkan dengan satu sentuhan butang untuk memberi isyarat kepada anda atau penjaga setempat sekiranya berlaku kecemasan. 

Dapatkan bantuan profesional

Anda mungkin mendapati ia sangat bermanfaat untuk menggajikan seorang penjaga profesional yang dapat membantu menyedia dan memberikan makanan, penjagaan peribadi dan perkhidmatan lain kepada orang tersayang. Pengurus penjagaan geriatrik, atau pekerja sosial, juga boleh menjaga orang tersayang anda.