Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Orang tersayang memerlukan sedikit bantuan

Apa yang anda perlu lakukan untuk menjaga orang tersayang adalah memberi mereka tahap sokongan sewajarnya, bergantung pada keadaan fizikal mereka.
 
Sekiranya mereka masih boleh berjalan sendiri dan melakukan rutin harian secara bebas atau hanya memerlukan sedikit bantuan, bahagian ini adalah untuk anda. Di sini anda boleh mendapatkan tip-tip berguna tentang cara untuk memberi penjagaan terbaik kepada mereka.

Menggalakkan kebersihan diri yang baik

Kebersihan diri ialah rutin harian yang penting. Orang tersayang anda mungkin boleh menjaga dan membersihkan diri mereka tanpa memerlukan bantuan anda. Atau dengan sedikit bantuan daripada anda. Jika ya, bagus. Cuba menggalakkan mereka untuk membersihkan diri sendiri, selagi mereka masih berupaya. Anda mungkin ingin menyemak sekali-sekala, untuk memastikan sama ada mereka memerlukan bantuan anda.

Kulit warga emas memerlukan penjagaan khas

Anda mungkin menyedari bahawa apabila usia kita semakin meningkat, kulit kita turut terjejas. Ia menjadi agak rapuh. Inilah sebabnya warga emas memerlukan rutin kebersihan khusus, yang direka untuk menjaga kulit halus mereka. Terutamanya sekira mereka mengalami inkontinen. Ini kerana air kencing dan tinja boleh merengsa dan merosakkan kulit mereka. Pembersihan dan perlindungan yang lembut membantu mencegah iritasi dan jangkitan kulit. Oleh itu, adalah baik jika orang tersayang mengikuti rutin kebersihan diri yang direka khusus untuk kulit mereka yang halus. Ini akan membantu mereka berasa selesa, segar dan sihat. Justeru itu, dapat meningkatkan keyakinan mereka. 
 
Terdapat tiga langkah untuk menjaga kulit mereka: mencuci, memulih dan melindungi. Untuk melihat produk yang memenuhi langkah-langkah tersebut yang disediakan khusus untuk kulit warga emas yang sensitif, terokailah rangkaian produk penjagaan kulit TENA.

Produk inkontinen

Sekiranya orang tersayang dapat memakai baju dengan sendiri, mereka mungkin dapat juga menguruskan perlindungan inkontinen mereka sendiri. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai produk yang mudah digunakan seperti seluar inkontinen sekali pakai. Seluar TENA adalah seperti seluar dalam biasa. Ini membantu orang tersayang berdikari dan kekal maruah mereka. Pada masa yang sama, ia memberikan perlindungan daripada kebocoran.  
 
Bagi mendapatkan panduan langkah demi langkah untuk memakai dan menyalin produk inkontinen kami, kunjungi halaman kami mengenai penyalinan.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai produk TENA, lihat produk TENA.

Membantu mereka kekal selamat

Orang tersayang mungkin agak berdikari dan tidak memerlukan banyak bantuan. Namun, masih penting untuk ingat, bahawa tulang warga emas rapuh. Kemalangan yang kecil atau terjatuh boleh mencederakan mereka dan menghalang pergerakan mereka. Oleh itu, bagi mengelakkan kecederaan, pastikan rumah mereka selamat untuk pergerakan mereka.

Membantu dengan pemakanan dan pengambilan air mereka

Orang tersayang mungkin kurang meminum kerana berasa takut untuk kerap ke tandas jika mereka minum terlampau banyak. Sekiranya mereka berbuat demikian, air kencing mereka akan menjadi lebih pekat. Justeru itu, meningkatkan risiko kepada kesihatan mereka. Oleh itu, cuba untuk menggalakkan mereka minum seperti biasa, apabila mereka berasa dahaga. 
 
Anda boleh bantu memastikan mereka makan makanan yang baik dan berkhasiat dengan makan bersama mereka. Walau bagaimanapun, waktu makan bukanlah sekadar menikmati hidangan berkhasiat. Ia juga masa untuk bergaul, bersembang, berkongsi cerita dan berketawa. Jemputlah ahli keluarga dan kawan-kawan lain untuk menjamu selera bersama-sama. Bergaul mesra dengan orang lain akan membantu orang tersayang kekal terhubung: suatu aspek penting dalam kehidupan mereka, yang mana kami akan menjelaskan lebih lanjut di bawah.   

Rasa terhubung dengan orang lain

Walaupun sudah berusia, kita masih suka tangan kita dipegang, belakang kita digosok, atau badan kita dipeluk. Ini menjadi lebih penting jika kita menghabiskan sebahagian besar masa kita bersendirian. 
 
Para penjaga berpengalaman mengatakan bahawa melakukan perkara-perkara kecil bersama-sama – walaupun kelihatan seperti aktiviti remeh – boleh membantu menceriakan hari orang tersayang anda.

Cari orang untuk membantu anda

Para penjaga berpengalaman mengesyorkan untuk mendapatkan bantuan orang lain untuk menjaga orang tersayang. Mereka boleh terdiri daripada ahli keluarga, kawan atau komuniti setempat atau perkhidmatan sosial kerajaan.