Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Orang tersayang mengalami masalah kesihatan mental

Wanita warga emas duduk dengan wanita muda
Tahap sokongan yang diperlukan oleh orang tersayang bergantung kepada keadaan mental serta kesihatan fizikal mereka.
 
Anda mungkin mendapati mereka tidak dapat mengurus perkara seperti dulu. Contohnya, mungkin mereka lupa sesuatu. Atau terlupa pergi ke tandas. Atau mengalami perubahan emosi yang dramatik. Jika mereka menunjukkan tanda-tanda tersebut, bahagian ini adalah untuk anda. Di sini anda boleh mendapatkan tip-tip praktikal tentang cara untuk memberi penjagaan terbaik kepada orang tersayang yang mengalami inkontinen atau kurang keupayaan mental. Walau bagaimanapun, kami turut mengesyorkan anda berjumpa dengan seorang profesional perubatan.

Mewujudkan rutin untuk anda dan mereka

Ini membantu orang yang mengalami isu kesihatan mental untuk berasa lebih selamat jika mereka mempunyai rutin yang tersedia ada. Ini terutamanya semasa menukar produk inkontinen pada mereka. Anda boleh bantu mengurangkan kegelisahan mereka dan menjadikan mereka lebih tenang dengan melakukannya pada waktu yang sama setiap hari. Serta mengatakan dan melakukan perkara yang sama apabila anda menukar untuk mereka. Dengan itu, mereka akan tahu apa yang boleh dijangkakan pada masa penukaran tersebut. Dan mereka akan memahami di mana ia sesuai dengan masa makan, tidur dan aktiviti lain mereka, seperti menonton televisyen. 
 
Sekiranya anda perlu menyerahkan tanggungjawab penjagaan anda kepada orang lain, adalah penting untuk mereka memahami rutin anda. Orang tersayang akan berasa lebih selesa jika penjaga sokongan anda terus mengikut apa yang anda telah lakukan.  

Mewujudkan persekitaran yang sesuai

Ini adalah berbeza mengikut keadaan dan situasi orang tersayang. Jika mereka boleh berjalan sendiri ke bilik air, pastikan laluan tidak terhalang. Cuba untuk mewujudkan persekitaran yang selamat mungkin. Anda boleh melakukan ini dengan menyesuaikan persekitaran anda, memasang produk dan kemudahan yang sesuai. Kesemua ini akan membantu mewujudkan ruang yang selesa dan selamat untuk kegunaan orang tersayang. Inilah yang perlu dilakukan secepat mungkin:
 
  • Periksa lantai di setiap bilik di mana orang tersayang biasa lalu. Adakah ia licin? Adakah ia menimbulkan sebarang risiko? Jika ya . . . 
    - Pasangkan pita antigelincir di bawah permaidani, dan buangkan permaidani yang tidak sekata dan lusuh. 
    - Letak tikar antigelincir di mana lantai selalu basah, seperti bilik air dan dapur.
  • Tambah palang pemegang sokongan di mana-mana orang tersayang memerlukannya - sebagai contoh, di tandas, bilik air atau tab mandi.
  • Gunakan tanda besar pada pintu bilik air supaya mereka dapat melihatnya dengan jelas. Anda juga mungkin perlu menggantikan cincin tandas dengan warna yang terang supaya ia jelas kelihatan.
  • Menempatkan tong sampah dengan penutup dalam bilik air atau bilik tidur untuk membuang produk inkontinen yang telah digunakan. Ini menjadikan suasana lebih menyenangkan, dan bersih daripada sampah sarap.
  • Selain itu, orang jagaan anda mungkin lebih suka pakaian yang mudah dipakai atau ditanggalkan, seperti skirt lebar dan seluar jerut bertali. Pakaian yang mudah ditanggalkan membantu mereka berasa lebih berdikari dan memudahkan penjagaan anda.
Untuk petua praktikal lain tentang menjaga kesalamatan orang tersayang – termasuk nasihat mengenai mengangkat dan mengalihkan mereka – lihat Ergonomi.

Kepentingan kebersihan diri

Kebersihan diri ialah rutin harian yang penting bagi semua orang. Namun ia tidak begitu mudah dan lancar apabila anda menjaga seseorang yang kesihatan fizikal dan mentalnya kian merosot.
 
Orang yang mengalami demensia mungkin kurang bekerjasama, dan lebih membantah terhadap sebarang perubahan. Oleh itu menjaga kebersihan diri orang tersayang akan memerlukan banyak kesabaran. Anda perlu lebih bercakap dengan mereka, dan menghabiskan lebih banyak masa membersihkan mereka. Ketahui lebih lanjut tentang inkontinen dan demensia

Menjaga kulit warga emas

Seperti yang anda ketahui, kulit kita menjadi rapuh dan mudah terjejas pada usia lanjut. Oleh sebab itu, ia memerlukan penjagaan khas, dengan rutin kebersihan diri yang baik untuk membantu mencegah iritasi dan jangkitan kulit. Ini terutamanya apabila orang tersayang mengalami inkontinen - air kencing dan tinja boleh menjejas kulit mereka. Kebersihan diri yang baik untuk warga emas bukan sahaja melindungi kesihatan kulit; ia juga melegakan orang tersayang, membantu mereka berasa bersih, selesa, segar dan sihat. Kebersihan yang baik juga meningkatkan keyakinan mereka.
 
Terdapat tiga langkah untuk menjaga kulit mereka: mencuci, memulih dan melindungi. Untuk rangkaian produk yang boleh memudahkan langkah-langkah tersebut, dan direka khusus untuk kulit warga emas yang sensitif, lihat rangkaian produk penjagaan kulit TENA

Produk inkontinen

Perlu diingati bahawa orang yang mengalami demensia tidak suka dengan perubahan. Jadi mereka mungkin tidak faham mengapa anda melakukan sesuatu – contohnya, membantu mereka mengatasi masalah inkontinen mereka. Oleh itu TENA Pants direka untuk kelihatan seperti seluar dalam biasa. Ini membantu orang tersayang berasa selesa apabila memakainya. Para penjaga berpengalaman, termasuk pejaga di rumah warga emas, memberitahu kami bahawa orang yang mengalami demensia di bawah penjagaan mereka tidak membantah untuk memakainya. 
 
Untuk panduan langkah demi langkah untuk memakai dan menyalin produk inkontinen kami, kunjungi halaman kami mengenai penyalinan.

Membantu mereka dengan pemakanan dan pengambilan air

Sesetengah orang yang mempunyai masalah inkontinen berasa bimbang untuk minum terlalu banyak air – kerana mereka akan terdesak untuk pergi ke tandas dengan kerap. Oleh itu, mereka kurang minum air. Itu boleh menjadi masalah – ia boleh memekatkan lagi air kencing mereka ldan boleh menjejaskan kesihatan mereka. Oleh itu, cuba galakkan orang tersayang untuk minum seperti biasa, apabila mereka merasa dahaga. 
 
Waktu makan adalah penting untuk mereka - bukan sekadar menikmati hidangan berkhasiat, tetapi juga berpeluang untuk meluangkan masa bersama orang lain. Lebih baik jika anda, rakan-rakan dan ahli keluarga, makan bersama mereka. Menemani orang tersayang serta peluang untuk bersembang dan ketawa akan membantu mereka berasa lebih baik. Juga, cuba hidangkan makanan mereka pada waktu yang sama setiap hari. 

Rasa terhubung dengan orang lain

Jika orang tersayang mengalami masalah mental, dan pergerakan terbatas, mereka mungkin tidak dapat menikmati hobi lama mereka seperti dahulu. Apa pun keadaan mereka, mereka mungkin masih suka anda memegang tangan mereka, memeluk mereka dan bercakap dengan mereka secara lemah lembut. Bagus jika anda dapat mencari aktiviti baharu untuk dilakukan bersama mereka - perkara yang membantu mereka rasa terhibur dan terhubung. 
 
Para penjaga berpengalaman mengatakan bahawa aktiviti kecil yang dilakukan bersama boleh menceriakan hari orang tersayang.

Jangan tunggu untuk meminta bantuan

Keadaan akan menjadi lebih mencabar jika orang jagaan anda mengalami demensia serta inkontinen. Para penjaga berpengalaman mengesyorkan anda untuk mendapatkan bantuan dan sokongan daripada orang lain – ahli keluarga, rakan-rakan atau masyarakat setempat atau perkhidmatan sosial kerajaan.