Metadata
Anda boleh menggunakan laman web atau aplikasi kami tanpa memberikan apa-apa data peribadi tentang anda. Dalam kes ini, Essity hanya akan mengumpulkan metadata berikut yang dihasilkan daripada penggunaan anda:
Halaman rujukan, data dan waktu akses, jumlah data yang dihantar, status penghantaran, jenis penyemak imbas web, alamat IP, sistem operasi dan antara muka, bahasa dan versi perisian penyemak imbas.
Alamat IP anda akan digunakan untuk membolehkan anda untuk mengakses laman web atau aplikasi kami. Setelah alamat IP tidak lagi diperlukan untuk tujuan ini, kami akan memendekkan alamat IP anda dengan membuang oktet terakhir daripada alamat IP anda. Metadata, termasuk alamat IP yang dipendekkan akan digunakan untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan laman web atau aplikasi kami dengan menganalisis tingkah laku penggunaan pengguna kami.
Akaun
Sekiranya anda mewujudkan akaun pada/di laman web atau aplikasi kami, anda boleh diminta untuk memberikan data peribadi anda, contohnya: Nama, alamat pos, alamat e-mel, kata laluan terpilih, nombor telefon, butiran akaun bank, butiran kad kredit, invois dan penghantaran, minat terhadap produk/perkhidmatan tertentu (sukarela), permintaan untuk menerima e-mel pemasaran (sukarela). Essity memproses data peribadi tersebut untuk tujuan menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, untuk menyediakan anda bahan pemasaran setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dan untuk menganalisis minat anda untuk tujuan pemasaran.
Pesanan Produk
Sekiranya anda memesan produk melalui laman web atau aplikasi kami, Essity mengumpul dan memproses data peribadi berikut tentang anda: Data akaun anda, jenis dan jumlah produk, harga pembelian, tarikh pesanan, status pesanan, pengembalian produk, permintaan khidmat pelanggan. Essity memproses data peribadi tersebut untuk tujuan menjalankan hubungan kontraktual dan pesanan produk, menyediakan khidmat pelanggan, mematuhi kewajipan undang-undang, mempertahankan, mewujudkan dan melaksanakan tuntutan undang-undang, dan pemasaran yang disesuaikan.
Cabutan Bertuah
Sekiranya anda mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, Essity mengumpul dan memproses data peribadi berikut tentang anda: Nama, alamat pos, alamat e-mel, tarikh penyertaan, pemilihan sebagai pemenang, hadiah, jawapan kepada kuiz. Essity memproses data peribadi tersebut untuk tujuan menjalankan cabutan bertuah, memberitahu pemenang, menyampaikan hadiah kepada pemenang, melaksanakan acara, dan aktiviti pemasaran.
Data Kesihatan
Sekiranya anda memesan beberapa produk, Essity juga boleh mengumpul dan memproses maklumat tentang keadaan kesihatan anda seperti yang ditunjukkan oleh pesanan produk. Data kesihatan ialah data sensitif dalam pengertian GDPR dan Essity mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi data sensitif tersebut seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Tertakluk kepada persetujuan anda, Essity mengumpulkan dan memproses data kesihatan anda semata-mata untuk tujuan menjalankan hubungan kontraktual dan pesanan produk, menyediakan khidmat pelanggan, mematuhi kewajipan undang-undang, mempertahankan, mewujudkan dan melaksanakan tuntutan undang-undang, dan pemasaran yang disesuaikan.