Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Mengapa TENA

Sebab orang tersayang anda patut menggunakan TENA

Apabila menjaga seseorang yang mengalami masalah inkontinen, ada banyak yang anda perlu buat dan fikirkan Oleh itu, adalah penting untuk orang yang anda jaga mendapatkan perlindungan yang boleh dipercayai Dengan itu anda tidak akan membuang masa tertanya-tanya: Adakah ia cukup menyerap? Adakah ia akan mencegah bau yang tidak menyenangkan? Adakah ia selesa? Atau, adakah ia baik untuk kulit?
 
Kami sentiasa mendengar pandangan para profesional penjagaan kesihatan dan penjaga seperti anda. Kami pelajari tentang keperluan mereka dan warga emas di bawah penjagaan mereka. Dan semua maklum balas itu telah membantu kami membangunkan perlindungan inkontinen dan penyelesaian penjagaan kulit bermutu tinggi yang ada boleh bergantung untuk memberikan penjagaan terbaik kepada orang tersayang.

Penyerapan yang bagus

Air kencing nipis yang mengalir laju, mudah terbocor dan meresap ke pakaian dan kain cadar dalam sekelip mata tanpa perlindungan yang betul. Produk TENA direka bentuk untuk memberi padanan yang selesa, rapat dan kemas kepada pemakainya selain dilengkapi permukaan salur masuk berkelajuan tinggi untuk penyerapan pantas bagi mengelakkan risiko kebocoran. Penyerapan lebih cepat bermakna kekerapan kebocoran dan cucian dapat dikurangkan.

Rasa segar yang tiada tolok banding

Dengan produk TENA, orang tersayang anda boleh bergaul mesra dengan sesiapa sahaja tanpa berasa bimbang mengenai bau yang kurang menyenangkan. Perlindungan inkontinen kami direka untuk meneutralkan bakteria dan ammonia yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, orang tersayang akan dapat berasa tenang dan yakin apabila beramah-mesra dengan keluarga dan rakan-rakan.

Kekeringan ultra

Anda harus membantu orang tersayang kekal kering supaya mereka rasa selesa sepanjang masa. Itulah sebabnya teknologi FeelDry ™ adalah antara elemen penting dalam produk perlindungan berat kami. Ia berkeupayaan menyisih air kencing daripada kulit dengan begitu pantas sehinggakan permukaan terus menjadi kering dalam sekelip mata. Ini merupakan sesuatu yang melegakan seorang penjaga, terutamanya jika orang yang dijaga itu tidak dapat memberitahu apabila mereka perlu menyalin lampin. Ia juga sangat membantu pada waktu malam, sekaligus membantu  mengurangkan kekerapan penyalinan. Dengan menghilangkan kelembapan dan memastikan kulit mereka kekal kering sepanjang masa, produk TENA membantu orang tersayang anda menikmati keselesaan maksimum.

Masalah kulit dapat dikurangkan

TENA melindungi kulit daripada risiko kelembapan air kencing, yang boleh memburukkan keadaan kulit orang tersayang yang sudah lanjut usia. Ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit, terutamanya apabila orang tersayang duduk atau berbaring untuk jangka masa yang panjang. Itulah sebabnya produk kami direka untuk mengekang air kencing supaya permukaan menyerap akan kekal kering dan lembut pada kulit pemakai. Lihatlah TENA Flex degan ciri unik. Ia terbukti dapat mengurangkan iritasi kulit akibat daripada berbaring atau duduk di suatu tempat untuk satu tempoh yang lama.kerana penyakit jangka panjang atau kurang keupayaan.

Penyalinan yang lebih mudah

Kerja menyalin lampin untuk orang tersayang yang hilang keupayaan untuk bergerak boleh membebankan kerana anda perlu mengangkatnya untuk berbuat demikian. Ini terutamanya jika anda perlu menyalin untuk mereka yang dalam keadaan terlantar. TENA Flex telah direka khas untuk menyelesaikan masalah ini. Ia mengurangkan tekanan pada otot belakang anda dan oleh itu memudahkan proses penyalinan dan lebih selesa bagi anda dan juga orang tersayang.

Kebersihan diri terbaik untuk keselesaan kulit

Pembersihan dan kebersihan diri merupakan bahagian penting dalam penjagaan inkontinen. Ini sebabnya TENA telah menghasilkan  rangkaian produk pembersih, tisu lap dan pelembab. Ia dibuat khusus untuk kulit warga emas yang mudah terjejas - terutamanya di bahagian yang lebih sensitif. Ia memudahkan anda untuk membersihkan tubuh badan orang tersayang yang terbaring di atas katil. Dan ia membolehkan kulitnya berasa bersih, selesa dan segar.

Dapatkan jenis produk yang betul mengikut keperluan

Produk TENA manakah yang terbaik untuk orang tersayang? Itu bergantung pada keadaan fizikal dan mental mereka.