Language
EN | MS |

Keutamaan anda

Sebagai seorang penjaga, anda akan melalui banyak perubahan dalam kehidupan harian anda. Namun demikian, anda berupaya mengendalikan peranan baharu anda. Anda hanya perlu merancang dan mengaturkan keutamaan anda. Dengan itu, anda boleh menjaga orang tersayang dengan cekap dan berkesan, sambil menguruskan keperluan anda yang lain. 
 
Untuk usaha penjagaan yang terbaik, tumpukan pada 5 bidang utama
1. Keselesaan
Sudah pasti anda inginkan pengalaman penjagaan yang baik buat orang tersayang dan diri anda.  Terdapat beberapa perkara yang boleh membantu, termasuk:
  • baju yang selesa dan bersih;
  • perabot yang selesa;
  • ruang tanpa halangan dan rintangan;
  • alat elektronik yang berfungsi;
  • pencahayaan yang lembut;
  • muzik/radio/ dalam jarak yang boleh dilihat/didengari; 
  • persekitaran yang bersih, segar. 

Pastikan persekitaran anda lebih selesa supaya anda bersama orang tersayang akan berasa lebih gembira.

Dapatkan produk yang sesuai untuk keperluan khusus anda. Dapatkan sampel percuma

2. Makanan
Bak kata pepatah, "Anda adalah apa yang anda makan”. Hakikatnya, pemakanan dan tabiat makan sangat mempengaruhi kesihatan. Ini perkara penting yang harus diberi perhatian dalam peranan anda sebagai penjaga. Pemakanan yang betul dan waktu makan yang tetap akan membantu orang tersayang kekal kuat dan sihat.
 
Berikut beberapa tip untuk pemakanan ringkas dan sihat:
  • Galakkan orang tersayang untuk makan tiga hingga lima kali sehari, dan hidangkan makanan kepada mereka pada waktu yang ditetapkan;
  • Elak makanan yang mengandungi sodium yang tinggi, dan kurangkan garam;
  • Kurangkan kopi dan alkohol dalam pengambilan minuman harian orang tersayang.
  • Semak jumlah dan jenis lemak dalam makanan yang dihidangkan;
  • Galakkan orang tersayang untuk meminum air kosong atau jus;
  • Jika enggan, cuba galakkan mereka untuk makan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi, seperti buah-buahan dan sup.
3. Kebersihan diri
Jika orang tersayang tidak mampu berdikari, maka anda perlu membantu mereka dalam penjagaan kebersihan diri – terutamanya jika mereka mengalami masalah .
 
Masalahnya, mencuci dengan sabun dan air secara kerap boleh melambatkan keupayaan kulit untuk sembuh atau mencegah jangkitan. Ia boleh menyebabkan ruam, dermatitis dan jangkitan. Iritasi pada kulit yang disebabkan oleh masalah inkontinen boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental orang tersayang. Oleh itu, cuba jaga kulit mereka dengan lebih rapi.
 
TENA dapat membantu mereka kekal bersih dan selesa dengan mudahnya. Rangkaian produk penjagaan kulit kami direka untuk membersih, memulih dan melindungi kulit paling sensitif.
4. Aktiviti
Anda dan orang tersayang harus kerap melakukan senaman badan dan minda. Ia memberikan manfaat menyeluruh, membantu anda kekal sihat dan berasa bertenaga. Oleh itu, lakukan senaman fizikal dan mental sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan harian anda.
 
Bawa orang tersayang berjalan-jalan di taman, atau memandu keluar bersiar-siar. Senaman fizikal bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga menceriakan anda. Ia dapat menguatkan sistem imun dan meningkatkan kualiti tidur anda dan orang tersayang.
 
Jangan lupa juga untuk lakukan aktiviti rangsangan mental. Cuba lengkapkan silang kata, main mainan berpapan, atau membaca bersama. Atau mungkin bersembang-sembang. Kesemua itu bukan hanya boleh menguatkan keupayaan mental tetapi juga menceriakan anda berdua.
 
Adakah pergerakan orang kesayangan anda terbatas? Jika ya, cuba beberapa tip ini untuk merangsang fikiran mereka:
  • Berbual dengan mereka; tunjukkan kepada mereka gambar atau filem yang pernah menjadi kegemaran mereka sebelum ini.
  • Mainkan muzik, atau bernyanyi untuk mereka.
  • Cuba teruskan aktiviti yang mereka nikmati sebelum ini - contohnya, baca buku dengan kuat kepada mereka.
  • Susun katil mereka berhampiran dengan tingkap supaya mereka dapat menikmati pemandangan luar.
  • Bawa mereka bersiar-siar di luar. Udara segar dan matahari boleh meningkatkan semangat mereka.
5. Keselamatan di rumah
Adakah orang jagaan anda tidak boleh berdiri dengan stabil? Atau fikiran mereka tidak begitu cergas? Anda mungkin perlu melindungi mereka daripada ditimpa kemalangan di rumah anda/mereka – terutamanya jika mereka menghabiskan leibh banyak masa di dalam rumah.
 
Berikut adalah beberapa tip untuk menjadikan rumah anda/mereka lebih selamat:
  • Alihkan barang, supaya mudah untuk dicapai.
  • Susun perabot supaya dapat memberi ruang laluan yang selesa.
  • Lekat pita anti-gelincir di bawah permaidani, dan buangkan permaidani yang tidak sekata dan lusuh.
  • Pasangkan juga tikar antigelincir pada lantai bilik mandi dan dapur yang sering basah. 
Pastikan persekitaran rumah anda/mereka selesa. Pastikan ia bebas daripada perabot berbucu tajam, kabel elektrik yang tidak terlindung atau apa-apa barang lain yang berbahaya.