Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Cara mengurangkan tekanan

Wanita bersantai dan mendengar muzik

6 cara mudah untuk mengurangkan tekanan.

Jika anda berhasrat untuk menjaga orang tersayang dengan baik, adalah sangat penting untuk anda menjaga diri.  Awasi tanda-tanda awal tekanan dan atasinya segera untuk menjadi penjaga yang lebih baik.
 
Berikut adalah enam perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan anda. Cuba masukkan enam perkara ini dalam rutin harian anda dan lihat hasilnya.
1. Kesedaran

Menjadi seorang penjaga adalah sukar. Ia boleh memenatkan anda, sehingga anda rasa tertekan dan gelisah. Mujurlah, terdapat sejenis penawar semulajadi yang efektif: kesedaran.
 
Kesedaran wujud apabila anda menghayati setiap detik pengalaman yang dilalui sepenuhnya. Anda sedar, atau prihatin, tentang apa yang anda lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling anda. Dan sedar apa yang anda fikirkan serta dalam lubuk hati anda, tetapi tidak terganggu olehnya. Anda berasa tenang dan tidak terbeban.
 
Anda boleh melatih diri untuk bersikap prihatin hanya dalam lima hingga sepuluh minit sehari. Anda hanya perlu duduk tenang dan beri perhatian kepada pernafasan semasa ia ditarik ke dalam dan dihembus keluar.
 
Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon pintar berkaitan kesedaran untuk melatih minda anda. Anda akan mendapati bahawa kecekapan melakukan kerja penjagaan bertambah baik apabila kesedaran anda meningkat.
 
Ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi berkaitan kesedaran, dan muat turun salah satunya, di  AppStore dan Google Play.

2. Rangsangan tenaga positif

Seperti yang anda ketahui, kerja-kerja penjagaan memang memenatkan. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan tenaga anda. Berikut adalah beberapa idea untuk dicuba apabila anda keluar bersiar-siar:
  • Semasa menaiki bas, cuba turun satu hentian lebih awal daripada kebiasaannya dan berjalan kaki untuk sampai ke destinasi. 
  • Pilih untuk menaiki tangga berbanding menggunakan lif.
  • Pilih untuk berbasikal berbanding memandu.
  • Jika ada masa luang, habiskan sedikit masa untuk bersenam bersama kawan. 
Ingat: gaya hidup sihat akan membuatkan anda berasa selesa secara menyeluruh. Dan ia memberi anda lebih tenaga untuk menjaga orang tersayang.

3. Menceriakan hidup anda

Muzik. Ia bagus untuk meningkatkan emosi anda. Tidak kira sewaktu memandu mahupun di tempat kerja, mendengar muzik kegemaran dapat menggembirakan dan menenangkan anda. Ia terbukti secara saintifik.
 
Ketika menjaga orang tersayang, pasangkanlah lagu dan muzik kegemaran bersama. Anda akan mendapati bahawa ianya membantu mewujudkan suasana yang disenangi oleh anda berdua.

4. Melakukan perkara yang anda suka

Sekali sekala, anda pastinya teringin untuk melakukan sesuatu seperti berbaring di katil atau membaca majalah, ataupun menonton wayang di pawagam. Tiada masalah. Lakukan sahaja apa yang dihajati. Apabila anda ada kelapangan, beri peluang kepada diri anda untuk menikmati kehidupan, lupakan rutin harian anda.
 
Adalah penting untuk menikmati kehidupan melainkan tugasan penjagaan anda - malahan ia akan menjadikan anda seorang penjaga yang lebih baik kerana berlapang dada.

5. Bekerjasama

Jangan cuba menjadi wira dengan melakukan rutin mingguan sepenuhnya secara bersendirian. Bekerjasamalah dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Mintalah bantuan mereka. Dapatkan mereka untuk mengambil alih tugas penjagaan untuk seketika dan menemani orang tersayang apabila anda berehat. Atau boleh juga minta tolong mereka untuk membelikan barangan keperluan. Atau untuk mendengar luahan hati anda ketika menghadapi hari yang sukar.
 
Ahli keluarga anda akan lebih bersedia membantu pada masa akan datang apabila mereka melihat betapa gigihnya anda berusaha sebagai seorang penjaga.

6. Pemakanan yang baik

Untuk menjaga seseorang, adalah penting untuk memastikan anda kekal sihat. Mujurlah, pengamalan gaya hidup sihat tidaklah begitu sukar. Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa pemakanan yang sihat boleh membantu mengurangkan tekanan.
 
Elakkan makanan yang berlemak tinggi seperti daging dan keju. Dan sebaliknya lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
 
Walaupun pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan kola dapat meningkatkan tenaga, harus diingat ia juga boleh mengganggu tidur anda.
 
Dan meskipun pada awalnya anda mungkin mendapat nikmat daripada sesuatu makanan manis, lama-kelamaan ia juga akan mengakibatkan anda berasa letih dan seperti hendak "tumbang”.
 
Dapatkan tip-tip petua pemakanan sihat dan berkhasiat daripada doktor anda. Sebagai penjaga yang sihat juga menjadikan anda seorang penjaga yang lebih baik.