Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Ergonomik - tip-tip berguna

Pasangan warga emas dengan wanita muda

Melindungi anda sebagai seorang penjaga

Seperti yang anda ketahui, menjaga seseorang memerlukan banyak pergerakan termasuk mengangkat dan membongkok – membantunya naik dan turun dari katil, memakai baju, duduk dan bangun dari kerusi roda, dan banyak lagi. Sebenarnya, badan anda terdedah kepada risiko di rumah – misalnya ,susunan perabot anda. Oleh itu, adalah penting untuk mencegah kemalangan daripada berlaku. Jika tidak, anda mungkin mencederakan diri anda atau orang tersayang. Terdapat cara untuk melindungi diri anda daripada tekanan dan kecederaan lain. Ini adalah sebahagian daripada subjek ergonomi.
 
Ergonomi adalah tentang cara anda bergerak dan mengangkat orang jagaan anda, dan bagaimana keadaan barang di sekeliling anda - contohnya, katil, kerusi dan meja – diatur. Dengan mengikuti petua ergonomi di bawah, anda akan mengurangkan risiko kecederaan. Bukan sahaja anda akan membuatkan orang tersayang rasa lebih selesa, malah, anda juga terus berupaya menyokong mereka di masa hadapan.
Lindungi bahagian belakang anda

Anda boleh mengurangkan risiko kecederaan, termasuk bahagian belakang anda, dengan mempelajari teknik mengangkat yang selamat seperti yang diterangkan di bawah. Terdapat banyak lagi langkah di bawah yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan risiko kemalangan dalam persekitaran penjagaan anda.

Mengangkat dengan selamat

Untuk mengangkat orang tersayang dengan selesa dan selamat, ikuti enam langkah berikut:
  1. Pastikan anda berdiri serapat mungkin dengan orang yang anda perlu angkat.
  2. Pastikan kedudukan kaki dan bahagian belakang anda betul-betul stabil, dengan kaki anda menghala ke arah orang tersayang.
  3. Lindungi bahagian belakang sambil membengkokkan lutut anda dalam posisi mencangkung dan bersiap sedia untuk mengangkat. Pastikan belakang anda tegak, dan gunakan otot perut anda untuk mengangkat.
  4. Semasa mengangkat, cuba berdiri serapat yang mungkin dengan orang tersayang. Ini akan membantu anda mengelakkan kecederaan pada belakang anda dengan bersandar atau membongkok. Ia juga merupakan pendekatan yang berkesan untuk mengalihkan orang tersayang dari satu sisi ke sisi lain atau dari belakang ke sisi mereka.
  5. Angkat atau alihkan mereka dengan pergerakan yang perlahan dan lancar. 
Tahukah anda bahawa anda boleh membeli peralatan mengangkat khas untuk membantu mengangkat orang tersayang? Sesetengah organisasi sokongan penjagaan akan membantu anda menampung kos.

Cara lain untuk mengangkat dengan lebih selamat

Untuk persekitaran penjagaan yang sempurna, pastikan:
  • Kerusi dan meja di tepi katil orang tersayang adalah sama tinggi;
  • anda boleh mendekati katil mereka dari setiap sisi;
  • tidak ada halangan di laluan yang anda akan alihkan orang tersayang; 
  • anda boleh menetapkan posisi sandaran mereka dengan mudah.

Untuk keselamatan dan keselesaan, kalis airkan katil dan kerusi

Ada kalanya barangan yang diguna, dilantar atau diduduki oleh orang tersayang menjadi basah. Ia mungkin berlaku pada sofa, kerusi, katil, tilam atau permaidani. Ini boleh menyebabkan lantai menjadi basah dan licin, sekaligus mendatangkan bahaya kepada diri dan orang jagaan anda.
 
Untuk mengelakkan kemalangan, mengapa tidak kalis airkan upholsteri anda dengan semburan perlindungan kain? Anda juga boleh melindungi katil dan kerusi dengan penutup sekali buang kami – ketahui lebih lanjut