Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Apa yang anda boleh jangkakan

Wanita warga emas dan wanita muda berbual di luar

Cabaran biasa

Ahli keluarga. Orang tersayang. Kawan.  Menjaga mereka boleh merupakan satu cabaran. Namun, anda akan mendapati ia sangat memuaskan. 
 
Baca mengenai 7 cabaran yang dihadapi oleh penjaga. Dan dapatkan tip-tip bagaimana untuk mengatasinya.
1. Emosi anda

Kehidupan boleh memberi anda kejutan. Dan begitu juga reaksi anda terhadap kejutan-kejutan itu. Apabila menjaga orang tersayang, jangan menyalahkan diri anda meskipun anda berasa negatif. Oleh kerana masing-masing masih membiasakan diri dengan situasi baharu ini, adalah biasa untuk mengalami emosi negatif seperti perasaan kecewa dan marah.
 
Mempertimbangkan perasaan anda akan membantu menenteramkan fikiran anda. Fikirkan apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan keadaan yang menyebabkan reaksi negatif.
 
Dengan memahami perasaan diri, anda boleh bertindak lebih cekap dan menjaga orang tersayang dengan lebih baik.

2. Perubahan emosi

Anda mungkin berasa elok buat seketika, kemudian menjadi beremosi secara tiba-tiba. Itu satu perkara yang amat biasa. Anda perlu sedar bahawa anda mungkin juga dipengaruhi oleh emosi orang jagaan anda.
 
Sebagai seorang penjaga, anda mempunyai hubungan erat dengan orang tersebut. Emosi anda boleh berubah-ubah dari perasaan kasih sayang kepada kemarahan, atau dari bersikap optimis kepada pesimis. Adalah lebih baik untuk anda terima sahaja perasaan negatif ini dan biarkan ia berlalu. Anda boleh membantu mengurangkan perasaan itu dengan memberi tumpuan kepada aktiviti penjagaan orang tersayang.
 
Cubalah tip ini: apabila anda mengalami perubahan emosi yang tidak menyenangkan, cuba berhenti seketika, tarik nafas panjang, dan hembus nafas perlahan-lahan. Jika boleh, berehatlah selama lima minit daripada tugas penjagaan anda. Anda akan berasa lebih baik jika lakukan kedua-dua perkara ini. Dan ini akan menjadikan anda seorang penjaga yang lebih baik.

3. Terasing

Ada kalanya anda mungkin rasa terasing. Hal ini mudah difahami. Anda boleh cuba atasi perasaan terasing dengan berkongsi perasaan anda dengan orang lain.
 
Ingat: walaupun orang di sekeliling anda mungkin berniat baik tetapi ada kemungkinan mereka tidak tahu bagaimana untuk membantu anda. Atau mereka mungkin berasa teragak-agak untuk bertanya keadaan anda. Oleh itu, bincanglah secara terbuka tentang tanggungjawab penjagaan anda tanpa sebarang niat untuk mendapat belas kasihan. Adalah besar kemungkinan mereka sanggup menawarkan bantuan yang anda perlukan untuk menjaga orang kesayangan dengan baik.

4. Masalah komunikasi

Untuk membantu seseorang, anda perlu memahami mereka. Perkara itu boleh menjadi agak rumit jika orang jagaan anda mengalami masalah mental, contohnya, penyakit Alzheimer atau bentuk demensia yang lain.
 
Pada detik sebegini, cuba bawa bertenang. Cuba terangkan dengan jelas, atau minta orang jagaan anda untuk berbuat demikian walaupun terpaksa berulang beberapa kali agar anda berdua boleh memahami diri antara satu sama lain.
 
Kesabaran boleh membantu mengatasi kesalahfahaman dan tekanan akibat daripada persilihan faham tersebut. Dan ia menjadikan anda seorang penjaga yang lebih baik.

5. Masalah pengurusan masa

Mahu atau tidak, seorang penjaga perlu melakukan pelbagai tugas.  Maka, anda perlu  menguruskan masa dengan lebih berkesan. Dengan itu,  anda akan dapat menjimatkan tenaga.
 
Jika anda memerlukan lebih masa, rancang dan atur tanggungjawab secara harian atau mingguan. Sediakan senarai tugas utama, dan luangkan masa untuk diri anda.
 
Jika memerlukan lebih tenaga, ubah pemakanan anda, pastikan anda mendapat cukup vitamin. Cuba selitkan satu sesi senaman ke dalam rutin harian anda - dan dapatkan tidur yang mencukupi.
 
Garis panduan mudah ini akan membantu anda bersikap lebih positif dan meningkatkan tenaga supaya anda dapat memberikan penjagaan sebaik mungkin kepada orang tersayang.

6. Jangan abaikan keperluan anda sendiri

Apabila menjaga seseorang, anda mungkin mengabaikan diri anda tanpa disedari. Anda mungkin lupa untuk makan. Atau kurang tidur. Atau kurang bersenam. Kesemuanya diketepikan supaya anda boleh menumpukan lebih masa untuk menjaga orang tersayang.
 
Itu akan mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kesan yang anda inginkan. Anda akan menjadi terlalu letih sehingga tidak berupaya untuk memberikan penjagaan yang baik dan berkesan. Sentiasa jaga diri anda dengan:
  • makan pada masa yang tetap;
  • tidur dengan lena (7-9 jam) setiap malam;
  • bersenam dengan kerap;
Adalah penting untuk tidak mengabaikan diri anda walaupun and ingin memberikan penjagaan yang terbaik mungkin kepada orang tersayang.
 
Dan cuba luangkan masa untuk diri anda dalam rancangan tugasan mingguan anda.
 
Apabila anda menjaga diri anda dengan baik:
  • anda akan berasa lebih mudah untuk menjaga orang tersayang;
  • anda mengawal emosi negatif dan elak kekecewaan;
  • orang jagaan anda boleh rasakan lebih banyak tenaga positif.

7. Menghadapi kebuntuan

Walaupun setiap situasi penjagaan adalah berlainan, anda boleh memperoleh pandangan dan tip-tip berguna melalui pengalaman dan cerita perjalanan yang dikongsikan oleh penjaga-penjaga yang lain. Memahami apa yang sedang mereka lalui akan membantu anda berasa tidak begitu terasing, dan meningkatkan kemahiran penjagaan anda.