Sekiranya orang tersayang mengalami masalah
inkontinen, perhatikan kesihatan kulit mereka. Air kencing boleh bertindak balas dengan kulit dan mengakibatkan iritasi, dan seterusnya merosakkan kulit. Selain itu, kulit orang yang berusia adalah lebih sensitif dan mudah terdedah kepada iritasi. Ini meningkatkan kemungkinannya menjadi rosak.
Penyelesaian terbaik untuk kerosakan kulit adalah dengan menjaga kebersihannya. Sebaik-baiknya, gunakan pembersih lembut, seperti salah satu daripada rangkaian produk penjagaan kulit TENA – termasuk krim pembersih yang memulih dan melindungi kulit warga emas yang sensitif. Selepas itu, guna losyen ringan atau krim anti-iritasi/gatal/ruam.