Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Perubahan dalam hubungan

Wanita warga emas wanita muda dan gadis muda sedang ketawa

Perubahan adalah perkara biasa

Penjagaan boleh menjejaskan hubungan anda dengan orang jagaan anda. Anda berinteraksi dengan pendekatan baharu. Anda memandang mereka secara berlainan. Dan anda mengalami perasaan yang berlainan, kadang kala lucu atau, mengembirakan. 
 
Terima perubahan tersebut secara positif, dengan minda terbuka, dan anda mungkin berasa kagum. Hubungan anda boleh menjadi lebih erat dan lebih memuaskan.
 
Baca tentang dua jenis hubungan yang paling biasa, di bawah. Dan dapatkan petua berguna untuk mengatasi perubahan yang mungkin anda alami.

Pasangan

Adakah anda mempunyai hubungan dengan orang jagaan anda? Jika ya, anda mungkin hidup bersama dan mempunyai ikatan emosi yang kuat. Ini bagus – ikatan ini boleh bantu melancarkan penjagaan dan mengurangkan tekanan. Oleh kerana anda saling mengenali antara satu sama lain, anda bebas meluahkan perasaan masing-masing – ini juga sangat membantu. 
 
Namun demikian, sila berhati-hati. Hubungan yang erat boleh menimbulkan emosi yang kuat. Berbincanglah dengan pasangan anda sekiranya hubungan anda menjadi tidak seimbang dan ini mengganggu anda. Cuba cari ruang untuk diri anda. Sekiranya anda menunjukkan kasih sayang kepada pasangan anda, anda boleh rasakan penjagaan itu amat memuaskan.

Ibu bapa

Seperti kebanyakan orang lain juga, anda mungkin perlu menjaga ibu bapa yang berumur secara berkala. Anggaplah itu peluang yang baik untuk menunjukkan kasih sayang anda kepada ibu atau bapa anda.
 
Peranan terbalik ini mungkin sukar diterima oleh kedua-dua pihak. Mungkin ada perasaan kekok, malu atau menyusahkan. Bersedia untuk berasa janggal apabila ibu bapa anda memerlukan bantuan untuk membersihkan diri atau memakai baju. 
 
Anda boleh mengatasi cabaran ini dengan mengambil sikap positif. Lama kelamaan anda akan biasa dengan keadaan itu. Anda tidak lagi berasa takut untuk melakukan tugas itu. Anda hanya mahu memberikan penjagaan dan kasih sayang yang terbaik kepada ibu bapa anda.

Meminta bantuan

Setiap orang berbeza. Begitu juga dengan keadaan penjagaan kita. Namun, dalam semua hubungan penjagaan eloklah dibincangkan bersama jika anda diselubungi emosi negatif. Kadang kala ia memadai untuk berbincang dan cari penyelesaian dengan orang jagaan anda. Pada masa lain, lebih baik untuk meminta bantuan daripada rakan-rakan anda, penjaga lain atau seorang pakar.