Nampaknya lokasi anda ialah di <country>

Kunjungi laman pasaran TENA anda untuk maklumat setempat.

Bahasa
EN |  BM

Terma penggunaan

Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. (313228-T)
2A, Jalan Pelabur 23/1, Seksyen 23
40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Rujukan di bawah untuk "Essity", "kami" atau "kita" merujuk kepada Essity AB Essity (publ) sebagai penyedia laman web ini ("Laman") kecuali ia mengikut Laman tertentu atau perkhidmatan lain yang menyatakan entiti lain, di mana “Essity” akan merujuk kepada entiti tersebut. Terma Penggunaan juga tertakluk kepada Laman dan perkhidmatan lain yang tertakluk kepada Terma Penggunaan ini.
 
Essity akan, untuk tujuan menyediakan Lamannya dan Terma Penggunaan ini mematuhi undang-undang Sweden. Namun, kerana Essity merangkumi entiti di seluruh dunia, sila ambil perhatian bahawa jika syarikat lain dinyatakan sebagai penyedia Laman atau perkhidmatan tertentu, undang-undang nasional negara di mana entiti tersebut ditubuhkan mungkin memperuntukkan peraturan tambahan atau yang berbeza. Dalam keadaan sedemikian, undang-undang nasional berkenaan akan terpakai dan dipatuhi oleh entiti tersebut setakat yang diperlukan.

Pernyataan Undang-undang
Bahan-bahan di Laman ini disediakan oleh Essity sebagai perkhidmatan kepada pelanggannya dan boleh digunakan untuk tujuan maklumat sahaja. Salinan tunggal boleh dimuat turun mengikut peruntukan di bawah.
Dengan memuat turun sebarang bahan daripada Laman ini, anda bersetuju dengan terma ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma tersebut, jangan gunakan Laman ini atau muat turun bahan daripadanya.
 
Maklumat Tanda Dagangan
Semua nama, logo dan tanda dagangan ialah hak milik Essity, sekutu, syarikat berkaitan atau pemberi lesen atau rakan usaha samanya. Tanda dagangan dan nama jenama Essity hanya boleh digunakan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan ini atau dengan izin bertulis daripada Essity terlebih dahulu.
 
Sebarang penggunaan tanda dagangan Essity dalam pengiklanan dan promosi produk Essity memerlukan pengakuan yang sewajarnya.

Penggunaan Terhad/Salinan Tunggal Lesen
Semua kandungan yang disertakan di Laman ini, seperti teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio dan perisian ialah hak milik Essity atau pembekal kandungannya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Sweden dan antarabangsa. Penggunaan atau pengedaran apa-apa bahan yang tidak dibenarkan di Laman ini boleh melanggar hak cipta, tanda dagangan, dan/atau undang-undang lain dan adalah tertakluk kepada sekatan sivil dan jenayah.
 
Laman ini atau mana-mana bahagian daripada Laman ini tidak boleh diterbitkan semula, diduplikasi, disalin, dijual, dijual semula atau dieksploitasi untuk apa-apa penggunaan komersial yang tidak dibenarkan secara bertulis dengan jelas oleh Essity. Anda boleh memuat turun satu salinan maklumat yang terdapat di Laman Essity pada satu komputer untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, dalaman anda sahaja.
 
Anda tidak boleh mengubah, menggunakan atau memindahkan maklumat untuk apa-apa tujuan komersial; anda juga tidak boleh mengeluarkan sebarang hak cipta atau notis hak proprietari lain daripada maklumat tersebut. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mencegah sebarang penyalinan bahan yang tidak dibenarkan dan memastikan bahawa semua pekerja dan kontraktor - jika berkenaan - organisasi anda mematuhi sekatan ini.
 
Anda bertanggungjawab untuk mematuhi semua undang-undang hak cipta yang berkenaan. Kami membenarkan anda membuat salinan Laman ini sebagai tindakan sampingan yang diperlukan ketika anda sedang meninjaunya; dan anda boleh mencetak salinan daripada sebahagian besar laman ini yang munasabah untuk kegunaan dan tujuan peribadi anda. Semua penggunaan lain dilarang sama sekali. Anda tidak boleh membingkai Laman ini atau memaut ke halaman selain daripada laman utama tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Essity tidak memberikan apa-apa hak tersurat atau tersirat kepada anda berdasarkan mana-mana hak paten, hak cipta, tanda dagangan atau maklumat rahsia perdagangan.

Penafian Waranti
Maklumat yang terkandung di sini disediakan "seperti yang tersedia" tanpa apa-apa waranti tersurat atau tersirat dalam apa-apa bentuk pun termasuk waranti kebolehdagangan, tiada pelanggaran harta intelek, atau kesesuaian untuk apa-apa tujuan tertentu. Sekiranya Essity memaut pada laman web pihak ketiga, pautan tersebut hanya untuk kemudahan pengguna dan Essity tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan atau ketepatan maklumat yang terdapat di laman web tersebut.
 
Dalam apa-apa keadaan pun, Essity tidak akan bertanggungjawab untuk apa jua ganti rugi termasuk, tanpa batasan, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, gangguan perniagaan, atau kehilangan maklumat, yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat tersebut, walaupun Essity telah dimaklumkan tentang kemungkinan ganti rugi tersebut.
 
Essity selanjutnya tidak menjamin ketepatan atau kelengkapan maklumat, teks, grafik, pautan atau perkara lain yang mungkin terkandung dalam maklumat ini. Essity boleh membuat perubahan pada kandungan ini, atau produk yang diterangkan di dalamnya, pada bila-bila masa tanpa notis.  Essity tidak memberikan komitmen untuk mengemas kini maklumat atau bahan lain yang dimasukkan dalam Laman ini.

Penyerahan Pengguna
Apa-apa bahan, maklumat or komunikasi lain yang anda hantar atau siar di Laman ini akan dianggap tidak sulit, tidak eksklusif, bebas royalti, tidak boleh dibatalkan, boleh disublesen sepenuhnya dan bukan proprietari ("Komunikasi"). Essity tidak akan bertanggungjawab terhadap Komunikasi tersebut.
Essity akan bebas untuk mendedahkan, menyalin, mengedar, menggabungkan dan/atau menggunakan mana-mana Komunikasi, bersama dengan semua data, imej, bunyi, teks, dan perkara lain yang terkandung di dalamnya, untuk sebarang dan semua tujuan komersial atau bukan komersial.
 
Jika anda menyerahkan data peribadi ke Laman ini atau sebaliknya kepada Essity , anda dengan ini bersetuju dengan penggunaan data tersebut untuk tujuan menilai maklumat anda dan memasarkan produk dan perkhidmatan Essity, termasuk hak untuk memindahkan data kepada negara ketiga dan menyiarkan data peribadi anda di Internet.  Essity  akan bertanggungjawab di bawah Undang-undang Sweden untuk pemprosesan data peribadi sedemikian dan anda boleh menghubungi Essity dalam hal data yang salah atau isu-isu lain yang berkaitan dengan data peribadi.
 
Anda tidak boleh menyiarkan apa-apa Komunikasi yang boleh dinilai sebagai menyinggung perasaan atau melanggar privasi orang lain atau yang mungkin dianggap sebagai pemasaran komersial atau yang dalam apa-apa cara menyalahi undang-undang atau tidak sesuai.  Essity  akan memadamkan komunikasi tersebut apabila kami mengetahuinya dan kami berhak untuk mengeluarkan anda sebagai pengguna daripada Laman atau perkhidmatan kami.
 
Untuk menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, terma pihak ketiga juga boleh terpakai. Sebagai contoh, Facebook menggunakan "Pernyataan Hak dan Tanggungjawab" kepada semua pengguna dan pengunjung ke Facebook, dan kami cadangkan anda membaca terma ini sebelum menggunakan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga sedemikian.

Lain
Essity boleh meminda Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini siaran ini. Essity mengekalkan budi bicara mutlaknya, hak untuk (1) meminda Pernyataan Undang-undang ini; (2) memantau dan mengalih keluar siaran; dan/atau (3) menghentikan ketersediaan Laman, pada bila-bila masa tanpa notis.
 
Jika mana-mana terma, syarat, atau peruntukan Pernyataan Undang-undang ini ditentukan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah, dibatalkan atau untuk apa-apa sebab tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan dan penguatkuasaan terma, syarat dan peruntukan yang selebihnya tidak dalam apa-apa cara akan akan terjejas atau dengan itu terganggu.

Menerima Terma Penggunaan
Dengan menerima Terma Penggunaan serta dengan mengakses dan menggunakan Laman, anda bersetuju kepada penggunaan kuki.  Anda juga boleh bersetuju dengan penggunaan kuki oleh tetapan yang telah anda buat di penyemak imbas web anda.

Penyerahan Pengguna
Essity boleh membenarkan anda menyiarkan maklumat, komen atau bahan lain di Laman kami, rangkaian media sosial atau perkhidmatan dalam talian lain. Ini dilakukan untuk memudahkan aliran maklumat mengenai Essity dan produk kami. Sila ambil perhatian terma untuk penyerahan pengguna sedemikian seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Undang-undang (lihat di atas).