Language
EN | MS |

Apakah itu inkontinen?

Pelajari lebih lanjut mengenai inkontinen

Anda mungkin perasan bahawa orang tersayang sering perlu ke tandas. Atau mungkin mereka terkencing atau terbuang air besar tanpa disedari. Jika berlaku, ini bermakna mereka mengalami . Meskipun isu ini menjadi sesuatu yang dilarang atau kurang enak dibincangkan secara terbuka, hakikatnya terdapat ramai orang yang mengalami masalah inkontinen - terutamanya pada usia lanjut. Ia merupakan satu keadaan perubatan di mana seseorang itu telah hilang keupayaan untuk mengawal pundi kencing atau pergerakan usus.
 
Namun, usah bimbang kerana terdapat perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu orang tersayang mengendalinya. Masalah inkontinen terdiri daripada pelbagai jenis, dan setiap daripadanya memiliki simptom dan punca yang berbeza. Segelintir daripadanya adalah agak biasa – contohnya inkontinen urinari yang menjejaskan satu daripada tiga orang di seluruh dunia. Ia boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira umur.
 
Untuk membantu orang tersayang, pelajari lebih lanjut tentang inkontinen pada halaman berikut:
 
 
Anda mungkin akan mendapati sebilangan istilah yang anda tidak biasa atau difahami ketika mempelajari tentang inkontinen. Semak istilah itu dalam Glosari, kami yang merangkumi huraian pelbagai jenis produk inkontinen.