Language
EN | MS |

Kesihatan kulit

Kesihatan kulit warga emas

Anda boleh membantu memelihara kulit orang tersayang supaya kekal sihat dan mengurangkan risiko kerosakan padanya. Anda mungkin telah menemui rutin harian penjagaan kulit yang sesuai dengan keadaan dan sensitiviti kulit mereka. Namun, ada baiknya juga jika anda pelajari lebih berkenaan cara penjagaan kulit mereka yang halus.

Bagaimana kulit berubah

Anda mungkin menyedari bahawa terdapat perubahan yang berlaku pada kulit orang tersayang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit kita akan kehilangan lemak secara beransur-ansur dan ia tidak lagi selicin seperti dahulunya. Ia menjadi kian nipis dan lemah. Calar, luka, atau lebam akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. 
 
Pelbagai faktor boleh merosakkan kulit dalam jangka masa panjang:
 
  • keadaan kesihatan
  • merokok 
  • udara kering
  • tidak minum air dengan secukupnya
  • tekanan
  • bertahun-tahun menjemur di bawah matahari
  • perubahan keadaan kulit juga boleh disebabkan oleh pengamalan pemakanan yang kurang baik
Dengan usia yang meningkat juga, kulit seseorang juga kurang menghasilkan minyak pelindung semulajadi. Keadaan itu boleh menyebabkan kedutan, kekeringan dan bintik-bintik umur pada kulit. 
 
Kesemua faktor tersebut meningkatkan risiko kerosakan pada kulit warga emas. Itulah sebabnya anda perlu melindungi kulit orang kesayangan dari terjejas kerana masalah dengan sedaya upaya. Sekiranya tidak dikawal, kelembapan dari air kencing dan/atau tinja boleh merosakkan kulit. Kawasan yang paling memerlukan perlindungan adalah berhampiran dengan pinggul, alat kelamin, dan antara pelvis dan rektum (kulit perineum).

Melindungi kulit halus

Terdapat satu keadaan kulit biasa yang menjejaskan warga emas dengan masalah (Dermatitis berkaitan inkontinen, IAD). Ia dipanggil dermatitis perineum, dan ia menyebabkan ruam yang menjengkelkan kulit. Ia berlaku apabila kulit terlalu banyak bersentuhan dengan kelembapan dan bahan kimia daripada air kencing dan tinja. Ia mengakibatkan iritasi dan kerosakan kulit. 
 
Namun, ada perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi orang kesayangan daripada keadaan ini. Jika mereka sudah mengalaminya, bantu mereka perbaiki keadaan itu supaya mereka kelihatan lebih baik dan selesa.

Mencari produk yang sesuai

Apabila orang kesayangan anda terkencing atau terbuang air besar, pastikan kotoran itu dibersihkan dengan pembersih lembut (bukan sabun biasa yang menyebabkan kekeringan pada kulit). Gunakan juga pelembap dan penghalang atau pelindung kulit. TENA Wash Cream mengandungi ketiga-tiga ciri tersebut dan ia dirumus khas untuk penjagaan kulit warga emas dengan