Language
EN | MS |

Perkara yang perlu diberi perhatian

Persediaan

Anda tentu ingin menjaga orang tersayang dengan baik. Ini bermakna membuat perancangan dan persediaan yang diperlukan. Anda perlu:
 
  • belajar sebanyak mungkin tentang keadaan orang tersayang;
  • sediakan pelan tindakan;
  • sediakan rumah orang tersayang;
  • kumpul maklumat kenalan serta dokumen;
  • dapatkan sokongan daripada orang lain dan kongsi tugasan penjagaan anda dengan mereka.
Berikut adalah beberapa tip mengenai cara untuk melaksanakannya. Ia akan membantu memudahkan usaha penjagaan anda. 
Ketahui: Memahami diagnosis
Pastikan anda mendapat maklumat lengkap tentang keadaan semasa orang tersayang. Jika orang tersayang mengalami simptom yang membimbangkan anda, berbincanglah dengan doktor dan pakar perubatan lain. Minta mereka untuk menerangkan keadaan orang tersayang.
 
Ini akan membantu anda berasa lebih yakin dengan usaha penjagaan anda. Ini juga boleh memberi manfaat kepada orang jagaan anda. Dengan diagnosis awal, orang tersayang boleh terus menjaga diri sendiri untuk beberapa ketika.
 
Adakah orang jagaan anda mengalami ? Inkontinen urinari merupakan masalah biasa - ia disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Ketahui sebanyak mungkin mengenainya. Kemudian anda boleh memilih penyelesaian yang sesuai dan produk terbaik untuk orang tersayang.
 
Adalah lebih mudah bagi anda untuk menjaga orang tersayang apabila anda tahu tentang keadaan mereka.
Sediakan pelan
Adalah penting merancang penjagaan anda lebih awal. Ini akan membantu anda menyusun masa anda, supaya anda tidak rasa tertekan. Ia juga akan memastikan orang tersayang mendapat penjagaan yang mereka perlukan – sebagai contoh, ubat mereka – bila mereka memerlukannya.
 
Kami syorkan anda menyediakan suatu pelan penjagaan. Tuliskan bagaimana anda akan menjaga orang tersayang dan gariskan tugas-tugas penjagaan untuk beberapa minggu atau bulan yang akan datang. Kemudian anda boleh membincangkan pelan anda dengan orang jagaan anda – dan orang yang mungkin dapat menyokong anda.
Bincang beban kerja anda
Menyembunyikan masalah anda tidak akan membantu. Ia hanya memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, berbincanglah dengan keluarga dan rakan-rakan rapat anda mengenai keadaan orang tersayang. Beritahu mereka segala kerja penjagaan yang diperlukan untuk orang tersayang. Kemungkinan besar ada yang sanggup membantu anda.
 
Tidak ramai orang tahu bagaimana untuk menjadi seorang penjaga. Oleh itu keluarga dan rakan-rakan anda mungkin berminat untuk mendengar pengalaman anda. Semakin banyak mereka tahu tentang usaha baik anda, semakin besar kemungkinan mereka menawar sokongan atau mengesyorkan cadangan yang bernas.
 
Tidak salah untuk anda meminta sokongan dan memberitahu apa yang diperlukan. Apabila seseorang menawarkan diri untuk membantu anda, jangan malu untuk menerimanya.
Penyediaan rumah
Orang yang anda jaga mungkin tidak boleh berdiri dengan stabil atau terlantar di katil. Oleh itu, anda perlu memastikan sekitar rumah adalah selamat untuk mereka bergerak. Atau selamat untuk anda bergerak ketika anda menjaga mereka. Untuk memudahkan tugas penjagaan, anda harus mewujudkan satu persekitaran yang teratur untuk membolehkan anda melaksanakan kerja penjagaan dengan secekap mungkin.
Menyusun maklumat penting
Ianya bermanfaat untuk segala yang anda perlukan berada dalam keadaan teratur apabila anda menjaga seseorang. Ia membantu anda berasa yakin dan bersedia untuk masa depan.  Oleh itu, simpan maklumat dan dokumen perhubungan yang penting di satu tempat, di mana anda boleh mendapatkannya dengan cepat. Anda mungkin perlu membuat senarai butiran perhubungan yang mengandungi doktor, peguam dan ahli farmasi di tempat yang sama.
 
Adakah orang tersayang mempunyai daya ingatan yang lemah? Jika ya, pastikan anda menulis kata laluan mereka (dan pastikan ia disimpan dengan selamat). Dan buatkan nota mengenai butiran perhubungan rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.
Dapatkan sokongan
Anda seorang insan, bukan robot. Walaupun anda bertenaga, terdapat had keupayaan untuk melakukan kerja secara bersendirian.
 
Sekiranya anda ingin memberikan penjagaan terbaik kepada orang tersayang, maka cubalah dapatkan bantuan orang lain untuk membantu meringankan beban anda. Orang lain yang boleh mengambil alih tanggungjawab anda apabila anda keletihan. Mereka boleh membantu anda membeli keperluan harian, membantu kerja-kerja seperti mengemas rumah, atau menumpangkan orang tersayang anda untuk temu janji doktor.
 
Sudah tentu, berkongsi tugasan penjagaan dengan keluarga dan rakan-rakan adalah baik sekali. Tetapi jika boleh, dapatkan khidmat sokongan profesional. Sebagai contoh, pertimbangkan untuk mengupah:
  • seorang jururawat untuk membantu anda di rumah;
  • sebuah syarikat untuk menghantar makanan ke rumah anda;
  • seorang teman yang boleh tinggal bersama untuk bantu anda melakukan tugasan.
Sekiranya tidak mampu, maka anda boleh cuba dapatkan bantuan penjagaan sosial daripada kerajaan tempatan anda.
 
Kekal berhubung dengan komuniti penjaga atau kumpulan sokongan - dan dengan institusi atau organisasi perubatan. Kesemua mereka biasanya boleh memberikan bantuan yang anda perlukan.