Language
EN | MS |

Produk

Penjagaan Inkontinens dan Kulit ialah dua bidang yang sering dikaitkan dengan penjagaan. Ketahui lebih lanjut cara TENA, dengan pengalaman lebih 60 tahun, dapat membantu anda dalam rutin penjagaan.

×

No products were found matching your selection

Wanita

Liner inkontinen untuk wanita

Terokailah rangkaian perlindungan sulit TENA untuk masalah terkucil yang direka khas untuk wanita. Liner inkontinen ini didapati dalam pelbagai saiz, warna, serta tahap penyerapan untuk keperluan anda. Ia senipis liner biasa yang lain tetapi berupaya mengunci penitisan kencing dengan segera dan selamat, sekaligus menawarkan perlindungan rapi ketika anda bersenam, bersin atau ketawa. Ia adalah begitu nipis seolah-olah anda tidak memakainya. Jadi, ianya sesuai untuk kegunaan harian, seandainya perlu, supaya anda dapat menjalani rutin seharian dengan selesa.

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Discreet Ultra Mini

Panty liner bersaiz biasa dalam rangkaian produk TENA Discreet

Pad inkontinen untuk wanita

Terokailah pilihan perlindungan TENA yang luas untuk kebocoran air kencing yang sedikit sehingga kebocoran yang banyak - semuanya direka bentuk khusus untuk wanita. Pad inkontinen sesuai apabila mengalami kebocoran air kencing yang tidak terduga ketika bersenam, ketawa atau hanya menjalani kehidupan seharian anda. Dengan pad inkontinen, anda berasa kering dan yakin dengan perlindungan yang anda perlukan dan ketelitian yang anda inginkan, baik pada waktu siang ataupun malam. Pad kelemahan pundi kencing terdapat dalam pelbagai bentuk, panjang, warna dan tahap penyerapan untuk memenuhi keperluan anda, semuanya dengan kawalan bau. Semuanya mempunyai penyerapan yang cepat dan segera menahan dan menyerap kebocoran air kencing jauh di dalam pad, terasing daripada kulit untuk rasa yang kering, segar dan selesa. Pad inkontinen yang dipercayai untuk wanita dari TENA ialah pilihan harian yang tepat untuk mana-mana wanita dengan kelemahan pundi kencing. Jalani hidup anda seperti biasa tanpa perlu risau akan kebocoran air kencing yang tidak terduga.

2 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Discreet Biasa | Pad Inkontinen

Pad yang melindungi dan selamat untuk kelemahan pundi kencing sederhana

TENA Discreet Extra

Direka untuk kebocoran pundi kencing sederhana

Uniseks

Pants inkontinen

Rangkaian pants pakai buang inkontinen TENA adalah lembut dan selesa dipakai untuk lelaki dan wanita, di siang atau malam. Ianya direka untuk dipakai seperti seluar dalam biasa dan boleh regang, sesuai untuk kehidupan aktif seharian. Produk pants inkontinen dewasa ini boleh didapati dalam pelbagai saiz yang muat untuk pelbagai bentuk badan dan mampu mengatasi sebarang tahap kebocoran air kencing – maka anda boleh memperoleh produk yang memenuhi keperluan anda. Tidak seperti lampin dewasa biasa, pants inkontinen pakai buang TENA juga menampilkan teknologi pengurangan kelembapan canggih untuk memastikan kulit kekal kering, mempunyai perlindungan kebocoran dan mengawal bau busuk. Diperbuat daripada bahan lembut dan boleh nafas, pants inkontinen uniseks TENA ini melekap pada badan dengan selesa untuk perlindungan kebocoran, kesihatan kulit dan kebebasan bergerak.

3 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Pants Value

Try this

Direka khas untuk pengguna inkontinen sederhana yang aktif atau memerlukan bantuan berjalan

Dr.P Pants

Try this

Direka khas untuk pengguna inkontinen ringan-sederhana yang aktif atau memerlukan bantuan berjalan

TENA Pants Plus

Try this

Direka khas untuk pengguna inkontinen berat yang aktif atau memerlukan bantuan berjalan

Briefs inkontinen dengan pelekat

TENA Slip ialah rangkaian briefs inkontinen terbuka yang lazimnya dikenali sebagai lampin dewasa. Ia merupakan produk inkontinen semua-dalam-satu yang popular, dilengkapi dengan pelekat kuat dan boleh laras untuk muat padan terbaik yang sekaligus memberi perlindungan kebocoran dan kekeringan terunggul. Pelekat yang mudah pakai itu boleh diikat berulang kali. Sama ada dalam posisi duduk atau berbaring, briefs inkontinen semua dalam satu ini boleh disalin dengan mudah dan cepat. TENA Slip juga direka untuk kegunaan lelaki dan wanita dewasa serta kanak-kanak yang mengalami inkontinen sederhana hingga inkontinen berat. Produk yang selesa dan mempunyai kebolehan menyerap yang unggul ini adalah sesuai bagi mereka yang terbatas pergerakan dan perlu duduk atau berbaring sepanjang hari. Ianya bagus untuk memelihara kesihatan kulit.

4 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

Dr P oleh TENA

Direka khas untuk pengguna inkontinen ringan-sederhana yang tidak mudah bergerak atau memerlukan bantuan pergerakan

TENA Slip Plus

Try this

Direka khas untuk pengguna inkontinen berat yang tidak mudah bergerak atau memerlukan bantuan pergerakan

TENA Value

Try this

Direka khas untuk pengguna inkontinen ringan-sederhana yang tidak mudah bergerak atau memerlukan bantuan pergerakan

TENA Slip Super

Try this

Direka untuk kebocoran air kencing yang banyak

Perlindungan katil

Rangkaian perlindungan TENA Bed merangkumi pad, alas dan kain pelindung katil pakai buang. Mereka bertindak sebagai satu lapisan selamat di atas tilam, kerusi, sofa, kerusi roda dan lain-lain permukaan. Terdapat banyak alternatif untuk menguruskan masalah terkucil mengikut keperluan masing-masing. Produk perlindungan katil inkontinen boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk bagi disuaikan mengikut setiap permukaan yang mungkin perlu dilindungi. Anda mempuyai pilihan untuk menggunakannya ketika melakukan prosedur pembersihan, misalnya apabila menyalin produk penyerap inkontinen. Pelindung katil inkontinen TENA mengunci dan mengagihkan cecair yang diserap kepada keseluruhan permukaan alas atau pad. Ia sesuai menangani masalah pembasahan katil.

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Underpad Plus

Alas Bawah TENA direka bentuk untuk melindungi daripada kebocoran di katil, kerusi dan permukaan lain.

Penjagaan Kulit & Pembersihan

Krim dan Tisu Lembap Pembersihan

Rutin pembersihan yang baik adalah penting untuk mencegah kegatalan kulit. Pilihlah daripada rangkaian luas produk yang terdiri daripada tisu lembap pembersihan, tisu kering, kain, pembersih, mousse pencuci serta barangan penjagaan kulit inkontinen yang lain. Produk pembersihan TENA menawarkan alternatif berciri lembut sebagai pengganti kepada sabun dan air. Ia membersih dengan lembut dan melindungi kulit walaupun sehalus dan serapuh mana pun. Setiap produk TENA dihasilkan dengan teliti, khusus untuk penjagaan inkontinen, justeru sesuai untuk digunakan ketika menyalin produk inkontinen atau untuk membersih keseluruhan tubuh badan seseorang yang berbaring di atas katil atau di bilik mandi. Ia juga bagus untuk pembersihan secara kerap kerana sabun dan air boleh mengakibatkan kulit kering. Tatkala produk penyerap mengurangkan kontak kulit dengan air, pelbagai barangan penjagaan kulit kami pula menawarkan pembersihan lembut dan perlindungan kulit. Produk pembersihan TENA adalah begitu selesa digunapakai pada kulit yang rapuh dan berkesan. Kesemua tisu lembap kami direka bentuk dalam saiz yang bersesuaian untuk golongan dewasa. Dapatkan produk pembersihan inkontinen yang sesuai mengikut keperluan anda untuk memelihara kulit yang segar, bersih dan sihat.

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Wet Wipes

Tisu basah yang membersihkan, memulihkan dan melindungi kulit warga emas

Krim pelindung

TENA telah menghasilkan krim zink dengan teliti untuk membantu mereka yang mengalami inkontinen untuk memelihara kulit yang sihat. Krim penyayang ini bertindak selaku satu lapisan pelindung pada kulit dan boleh disapu sekerap mungkin mengikut keperluan meskipun kulit mula menunjukkan tanda-tanda awal kemerahan, kegatalan atau di ambang kerosakan. Membersih kulit dengan menggunakan krim pelindung adalah penting untuk mengekalkan kulit yang sihat terutamanya apabila kulit sering terdedah kepada kelembapan. Pastikan kulit dijaga rapi setiap hari bagi mengelakkan timbulnya kemerahan dan kegatalan kulit serta ruam yang diakibatkan daripada lampin dewasa. Krim ini memberi penjagaan tambahan untuk kulit sensitif selepas mandi atau ketika menyalin produk inkontinen. Krim zink ini telahpun diuji secara dermatologi untuk membantu melindungi dan mengekalkan kulit yang sihat. Ia adalah bebas wangian dan pengawet. Krim pelindung TENA adalah diperbuat teliti khusus untuk melindungi kulit rapuh yang dimamah usia. Ini kerana memiliki kulit yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan kehidupan seharian.

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

Krim Zink TENA

Perlindungan tambahan dan penjagaan dengan 10% zink oksida