Language
EN | MS |

Keletihan akibat penjagaan: tanda amaran

Tanda-tanda keletihan

Anda mengalami keletihan tanpa menjangkakannya – apabila anda terlibat secara langsung dalam peranan penjagaan anda.   
 
Keletihan yang melampau akan membuat anda sukar untuk menjaga orang tersayang. Dan lebih teruk lagi, dia dapat rasakan bahawa anda keletihan, marah atau tertekan. 
 
Oleh itu, adalah penting untuk mengambil tindakan sebaik sahaja anda melihat mana-mana tanda-tanda ini:
 
  • Anda telah kehilangan banyak tenaga 
  • Anda berasa letih sepanjang hari, walaupun setelah tidur dengan lena 
  • Anda telah mula mengelak keluarga dan rakan anda
  • Anda kehilangan minat dalam aktiviti kegemaran yang biasa anda lakukan (sukan atau hobi)
  • Anda mengabaikan keperluan sendiri
  • Anda menghadapi kesukaran untuk berehat
  • Kehidupan anda tertumpu pada penjagaan namun anda mendapati ia tidak memuaskan lagi
  • Anda berasa sedih dan putus asa, gelisah atau marah
  • Anda semakin kurus atau gemuk tanpa sebab yang jelas
  • Anda jatuh sakit lebih kerap daripada biasa 
  • Anda menjadi tidak sabar dan marah dengan orang jagaan anda
  • Anda berasa seperti mahu mencederakan diri atau orang jagaan anda
Jangan sekali-kali abaikan tanda-tanda ini. Mengambil tindakan pencegahan awal akan membolehkan anda memulihkan semula tenaga dan mengembalikan semula tenaga anda.

Bagaimana untuk mengelak keletihan

Berikut 3 petua ringkas yang boleh membantu anda mengelak dan mengatasi keletihan akibat penjagaan:

1. Berkongsi keprihatinan.

Kongsikan perasaan anda dengan seorang rakan, ahli keluarga atau jiran. Ceritakan mengenai pengalaman baik dan buruk anda sebagai seorang penjaga.

2. Kekal positif

Senyum kepada orang lain, ketawa bersama mereka, dan lakukan perkara yang anda suka. Berjenaka adalah cara terbaik untuk menangani tekanan dan kemurungan.

3. Cuba kekal sihat

Berasa marah atau sedih adalah perasaan yang biasa dialami. Jangan salahkan diri anda – atau orang tersayang. Perasaan negatif itu akan berlalu jua. Terus fokus pada penjagaan dan fikirkan kebaikan yang diterima orang tersayang menerusi usaha anda.