Language
EN | MS |

Jenis inkontinen

Jenis inkontinen yang lazim

Anda ingin memberi penjagaan sebaik mungkin kepada orang tersayang. Jadi, ada baiknya untuk anda ketahui dan fahami jenis yang dialami oleh mereka. Dengan pengetahuan ini, anda akan dapat memberikan produk yang bersesuaian dengan keadaan mereka. Dan sekaligus membantu mereka menguruskan kesulitan yang mereka hadapi dengan lebih berkesan. Dengan sokongan produk inkontinen itulah akan memberi keselesaan dan keyakinan untuk mereka.
 
Di bawah, kami senaraikan tujuh jenis inkontinen dan huraikan perbezaan simptom dan punca untuk setiap daripadanya. Ada yang unik untuk wanita, dan ada juga yang hanya boleh menimpa lelaki. Antara jenis inkontinen yang paling lazim ialah dan - namun seseorang itu boleh mengalami kedua-duanya serentak. 
Inkontinen Tekanan Kencing (SUI)
Lebih dikenali dengan nama singkatannya tekanan, inkontinen jenis ini lazimnya berlaku ke atas wanita. Inkontinen jenis ini menyumbang hampir 10% daripada inkontinen yang membabitkan lelaki.Ia sering berlaku apabila otot lantai pelvis yang menyokong pundi kencing menjadi lemah. Tekanan pada pundi kencing anda boleh meningkat apabila anda ketawa atau batuk. Otot lantai pelvis tidak dapat mengemut secukupnya untuk menyimpan kesemua air kencing di dalamnya. Justeru mengakibatkan kebocoran kencing, biasanya dalam jumlah yang sedikit. Namun boleh jadi juga ia terbocor dengan banyak untuk sesetengah orang.

Wanita - ​Golongan yang paling besar kemungkinan mengalami adalah wanita yang hamil, selepas bersalin dan berusia 40 tahun ke atas. Itulah ketikanya otot lantai pelvis berkemungkinan menjadi rosak dan/atau lemah. Bagaimanapun, wanita pada semua peringkat usia juga terdedah kepada risiko inkontinen jenis ini. Satu daripada tiga wanita akan mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia biasanya berlaku ke atas wanita muda semasa bersukan..
Inkontinen Desakan
Inkontinen jenis ini juga dikenali sebagai “pundi kencing terlebih aktif”. Ia berlaku apabila anda mempunyai gesaan untuk membuang air kecil  secara tiba-tiba dan pundi kencing secara automatik mengeluarkan air kencing tanpa apa yang boleh anda buat untuk menghentikannya. Biasanya, badan anda tidak akan memberi amaran.mengenainya. Kebocoran kencing yang berlaku mungkin dalam jumlah yang banyak. Secara amnya, setiap orang biasnya membuang air kecil empat hingga lapan kali setiap hari. Adakah orang tersayang perlu membuang air kecil lebih kerap daripada itu? Adakah mereka sering bangun hampir pada setiap malam dan secara kerap untuk pergi ke tandas? Ini mungkin merupakan tanda-tanda desakan.

Lelaki -  merupakan jenis inkontinen yang paling biasa bagi di kalangan lelaki. Lazimnya, ini berpunca daripada pembesaran mereka.
Jenis inkontinen lain untuk wanita dan lelaki

  • Ada sesetengah orang tidak sempat untuk ke tandas akibat kesukaran pergerakan yang berpunca daripada masalah fizikal atau mental. Mereka mengalami keadaan yang dikenali sebagai fungsian.   


  • Ini merupakan keadaan di mana seseorang itu menderita dan serentak, dengan salah satu daripadanya lebih ketara daripada yang lain.


  • Terdapat sesetengah orang yang otak mereka gagal berkomunikasi dengan pundi kencing mereka dengan betul. Akibatnya, mereka ini tidak berupaya untuk mengawal atau mengosongkan pundi kencing mereka dengan sepenuhnya. Gangguan saraf pundi kencing ini boleh disebabkan oleh sejumlah penyakit. Namun, usahlah membuat kesimpulan dengan terburu-buru andai pun anda berpendapat orang kesayangan mungkin menderita inkontinen jenis ini. Bawa mereka berjumpa doktor dengan secepat mungkin. Diagnosis oleh pakar perubatan akan membantu merungkai kebimbangan anda.
Jenis lain untuk golongan lelaki

  • Ini berlaku ketika pundi kencing (uretra) anda tidak dikosongkan sepenuhnya dan masih menitis keluar walapun selepas selesai membuang air kecil. Ini biasa berlaku apabila otot lantai pelvis menjadi lemah. 

  • melimpah
    Sekiranya seseorang itu mengalami masalah aliran air kencing yang berterusan atau berkala, keadaan itu dikenali sebagai . Ia mungkin disebabkan oleh oleh halangan aliran keluar air kencing atau kerosakan pada saraf.pundi kencing. 

Kurang pasti dengan simptom?

Sekiranya simptom orang tersayang tidak begitu menonjol, anda mungkin tidak pasti apakah jenis yang dialaminya. Jangan risau. Untuk mendapatkan kepastiannya, anda boleh lakukan beberapa perkara ini. 
 
Buat catatan diari berkenaan corak pembuangan air kecil mereka untuk tempoh satu atau dua minggu. Dengan berbuat demikian, anda akan mempunyai rekod untuk berbincang dengan doktor anda. Anda dinasihati untuk merujuk kes orang tersayang kepada doktor bagi mendapatkan diagnosis yang sewajarnya serta nasihat untuk menguruskan masalah inkontinen mereka.
 
 
Apabila mempelajari tentang inkontinen, anda mungkin akan menemui sebilangan istilah yang anda kurang arif. Ketahui maksud istilah tersebut di Glosari.