Language
EN | MS |

Krim pelindung

TENA telah menghasilkan krim zink dengan teliti untuk membantu mereka yang mengalami inkontinen untuk memelihara kulit yang sihat. Krim penyayang ini bertindak selaku satu lapisan pelindung pada kulit dan boleh disapu sekerap mungkin mengikut keperluan meskipun kulit mula menunjukkan tanda-tanda awal kemerahan, kegatalan atau di ambang kerosakan.  Membersih kulit dengan menggunakan krim pelindung adalah penting untuk mengekalkan kulit yang sihat terutamanya apabila kulit sering terdedah kepada kelembapan. Pastikan kulit dijaga rapi setiap hari bagi mengelakkan timbulnya kemerahan dan kegatalan kulit serta ruam yang diakibatkan daripada lampin dewasa. Krim ini memberi penjagaan tambahan untuk kulit sensitif selepas mandi atau ketika menyalin produk inkontinen. Krim zink ini telahpun diuji secara dermatologi untuk membantu melindungi dan mengekalkan kulit yang sihat. Ia adalah bebas wangian dan pengawet. Krim pelindung TENA adalah diperbuat teliti khusus untuk melindungi kulit rapuh yang dimamah usia. Ini kerana memiliki kulit yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan kehidupan seharian.

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

Krim Zink TENA

Perlindungan tambahan dan penjagaan dengan 10% zink oksida