Language
EN | MS |

Kebersihan diri

Apakah bezanya kulit warga emas?

Salah satu aspek dalam penjagaan warga emas yang anda harus titikberatkan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa: Jagalah kulit mereka dengan elok. 
 
Kita semua memerlukan kulit kita untuk kekal sihat. Kebahagiaan dan keselesaan hidup kita bergantung padanya. Tetapi apabila usia kita semakin meningkat, kulit kita turut menua, menjadi sensitif dan terdedah kepada risiko kecederaan. 
 
Masalah boleh menjengkelkan kulit dan menjadikannya lebih mudah terdedah kepada dermatitis, jangkitan dan ruam. Pembersihan kerap dengan sabun dan air akan memburukkan lagi keadaan. Selain itu, air kencing boleh menyebabkan kulit berbau.

Kebersihan diri yang baik

Dengan penjagaan kebersihan diri yang betul, anda akan membantu mencegah iritasi dan jangkitan kulit, dan melegakan kulit orang tersayang. Orang jagaan anda akan berasa selesa, bersih dan berbau wangi.
 
Dalam bahagian ini, anda boleh pelajari tentang produk dan kebersihan diri yang dibuat khas untuk memelihara kulit warga emas. Ketahui cara untuk memberi penjagaan kulit khusus yang diperlukan orang tersayang: