Language
EN | MS |

Demensia & inkontinen

Kesan sampingan biasa

Sekiranya orang tersayang yang sudah berumur mengalami demensia, mereka mungkin berubah menjadi seolah-olah seorang yang anda tidak kenali. Dan di saat inilah mereka amat memerlukan kasih sayang, penjagaan dan timbang rasa daripada anda, lebih-lebih lagi jika mereka mengalami masalah
 
Perkara yang anda perlu siapkan diri untuk hadapi jika orang tersayang mengalami demensia: mereka mungkin tidak tahu bila mereka perlu pergi ke tandas. Mereka mungkin akan mengalami kemalangan, terkencing atau terbuang air besar tanpa menyedarinya. Inkontinen ialah kesan sampingan biasa yang disebabkan demensia dan, seperti yang dimaklumi oleh ramai penjaga lain, ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk memberikan penjagaan yang terbaik.

Menangani inkontinen mereka

Di bawah, dan pada halaman berikutnya, anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan penjagaan seseorang yang mengalami demensia dan masalah . Ini akan melatih anda untuk membantu orang tersayang kekal bersih dan selesa. 
Produk inkontinen dan demensia
Seorang pesakit demensia mungkin tidak faham mengapa mereka perlu memakai sebarang pakaian tambahan selain baju, seluar dan pakaian dalam harian. Bergantung pada keadaan orang tersayang, anda mungkin perlu memberi penjelasan dan menyakinkan mereka mengenai keperluan untuk memakai atau seluar . Biasakan mereka dengan pemakaian produk inkontinen ini dalam rutin seharian mereka secara berperingkat. Langkah ini akan membantu orang tersayang menerima perubahan itu dengan selesa. Di samping menggunakan produk perlindungan, ia juga membantu untuk melindungi katil, kerusi dan perabot lain. Ini tidak sahaja akan memudahkan kerja pembersihan harian anda, malahan menjamin persiekitaran yang bersih dan segar untuk orang tersayang. Untuk maklumat lanjut, terokai rangkaian produk inkontinen TENA dan aksesori kebersihan diri kami.
Cara memudahkan pertukaran pakaian
Apabila seseorang menjadi , mereka biasanya perlu menukar pakaian dengan lebih kerap. Bagaimanapun, tugas menyalin pakaian untuk orang tersayang mungkin lebih mencabar sekirannya mereka menghidap demensia.  Untuk memudahkan anda dan orang tersayang, cuba pastikan pakaian yang disalin itu adalah mudah disarung atau ditanggalkan. Pakaian dengan zip dan Velcro adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding butang-butang rumit dan butang ketip. Sekiranya proses menyalin dapat dilaksanakan dengan mudah, maka orang kesayangan anda pasti tidak akan berasa begitu malu atau janggal. Ini terutamanya jika mereka tidak dapat memakai atau menanggalkan pakaian secara bersendirian.
Perubahan dalam pemakanan
Anda mungkin merancang untuk mengubah pemakanan yang lebih sihat untuk menambahbaik kesihatan dan kesejahteraan orang tersayang. Namun harus diingat juga bahawa mereka mungkin tidak menggemari tindakan anda. Ini terutamanya untuk pesakit dementia, kerana mereka ada kecenderungan memilih makanan yang disukai atau dibenci. Untuk memastikan pemakanan yang diambil mereka seimbang, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan. Jangan lupa untuk menggalakkan orang tersayang minum air dengan secukupnya untuk kekal terhidrat. Perhatikan tabiat meminum air mereka dan pastikan ia konsisten.
Membuat penyesuaian di rumah
Untuk menambah lagi keselesaan orang tersayang, cuba pasang kerusi tandas mudah alih/tandas di bilik di mana mereka menghabiskan sebahagian besar masa. Ini membantu jika seseorang itu menghadapi kesulitan untuk sempat ke tandas terutamanya pada waktu malam.
 
Bagaimanapun, anda mungkin perlu menjelaskan kepadanya sebab anda melakukan sedemikian. Seelok-eloknya berbincanglah terlebih dahulu dengan orang tersayang berhubung perubahan yang dilakukan anda. Mereka mungkin rasa tersinggung, jadi, adalah penting untuk anda mengambil kira perasaannya.
Ubat untuk kawalan pundi kencing

Doktor anda mungkin menetapkan ubat yang merawat keinginan pundi kencing untuk membuang air kecil. Atau yang mengubah kekerapan pundi kencing memberitahu badan bahawa kencing akan berlaku. Ubat-ubatan ini biasanya mengurangkan keinginan untuk membuang air kecil apabila orang yang anda sayangi tidak dapat sampai ke tandas dengan cukup cepat.

Ubat ini boleh memberi kesan sampingan seperti sembelit dan mulut kering. Pastikan anda mendapatkan maklumat mengenai kesan sampingan untuk menindaklanjuti kesan dan kesan sampingan ubat.

Membantu membersih orang tersayang
Kebersihan diri adalah penting – terutamanya jika orang tersayang mengalami masalah . Dengan demensia, dia mungkin mengabaikan keperluan untuk membersihkan diri dan justeru itu bantuan dan kesabaran anda amat ditagih.
 
> Dapatkan tip-tip kebersihan diri yang berguna di sini.