Language
EN | MS |

Penuaan dan minda kita

Menjadi pelupa

Adakah warga emas jagaan anda menjadi pelupa - atau mungkin mereka sering keliru dan tidak munasabah? Jika ya sekalipun, usah bimbang kerana banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu dan menyokongnya. 
 
Untuk menjaga orang tersayang dengan sebaik mungkin, anda perlu memahami keadaan kesihatan mental mereka.secara menyeluruh Bergantung pada tahap kesedaran mereka, usaha penjagaan anda mungkin tidak semudah yang anda harapkan. Jika mereka mengalami demensia, ataupun Alzheimer, anda mungkin memerlukan seseorang untuk  membantu anda dengan tugasan menyalin dan membersihkan mereka.
 
Berikut adalah beberapa tip  untuk membantu orang tersayang yang tidak berupaya untuk berfikir atau meluahkan diri mereka dengan jelas.
Mengenal pasti tanda-tanda
Orang di bawah jagaan anda mungkin menunjukkan tanda-tanda ingin ke tandas. Contohnya, mereka mungkin rasa gelisah, menarik pakaian mereka atau asyik bangun duduk. Cuba perhati mereka dengan teliti dan kerap. Biasakan diri anda dengan tingkah laku mereka supaya anda tahu bila mereka memerlukan bantuan anda.
Memupuk tabiat yang tetap
Adalah penting untuk anda sentiasa bersedia apabila orang tersayang perlu mengunakan bilik air. Ini akan membuatkan mereka tenang dan selesa, sekaligus memudahkan tugas penjagaan anda. Penggunaan produk yang bersesuaian adalah titik permulaan yang bagus. Ia juga membantu dengan menggalakkan mereka untuk memupuk tabiat yang tetap apabila menggunakan tandas. Dengan mengetahui isyarat untuk pergi ke tandas secara bersendirian, maka maruah diri mereka juga akan terjaga.
Buat perancangan awal
Pastikan rumah anda dilengkapi dengan segala produk yang betul supaya tugas penjagaan boleh berjalan lancar. Persediaan yang baik akan memudahkan anda untuk membantu orang tersayang berasa bersih dan selesa. Sediakan satu kit yang dilengkapi produk inkontinen, , beg boleh tutup semula serta pakaian salinan tambahan agar anda sentiasa bersiap sedia untuk membantu orang tersayang apabila perlu. Jika anda berhasrat untuk membawa orang tersayang untuk bersiar-siar, pastikan merancang terlebih dahulu perkara seperti mengenalpasti di mana ada tandas berdekatan atau tempat yang anda boleh membersih dan menyalin untuk mereka.
Memberi bantuan
Jika orang tersayang menderita masalah yang serius, maka anda perlulah membantu mereka ke tandas. Yakinkan orang tersayang untuk membenarkan anda menemani mereka ke tandas. Buat penilaian behubung kekerapan orang tersayang menggunakan tandas dan cuba kenalpasti masanya. Sesudah menetapkan waktunya, temanilah mereka ke tandas pada waktu-waktu tersebut dan ulangi rutin itu pada setiap hari.
 
Langkah ini mungkin dapat membantu mereka memupuk satu tabiat yang sekaligus mampu mengurangkan masalah inkontinen berkala yang dialami mereka.