Language
EN | MS |

Soalan lazim

Bagaimana pundi kencing berfungsi
Badan anda menyerap cecair setiap kali anda makan atau minum. Fungsi buah pinggang anda adalah untuk menapis sisa produk daripada cecair ini dan menghasilkan air kencing. Titisan berterusan melalui buah pinggang mengalir ke pundi kencing, dan mengembang secara perlahan-lahan. Apabila pundi kencing penuh, isyarat dihantar ke otak yang menandakan keperluan untuk ke tandas. Sebaik sahaja anda berada di tandas, otak memberitahu otot pundi kencing untuk menekan dan menguncup. Pada masa yang sama otak juga memberitahu otot sokongan (atau otot lantai pelvis) yang mengelilingi uretra (saluran keluar dari pundi kencing) untuk mengendur dan membuang air kencing.
Betapa kerapkah kebanyakan orang membuang air kecil?
Ia bergantung pada usia, pemakanan, keadaan fizikal dan sama ada anda sedang mengambil sebarang ubat. Dianggarkan secara purata empat hingga lapan kali pada siang hari, dengan keperluan sekali-sekala pada waktu malam.
Jika orang jagaan saya kurang meminum air, adakah keadaan akan bertambah baik?
Tidak. Kurang meminum air akan memekatkan lagi air kencing, dan ini akan menyebabkan iritasi kepada pundi kencing mereka. Dengan itu, mereka akan kencing dengan lebih kerap. Anda harus menggalakkan mereka untuk cuba minum seperti biasa atau bila mereka berasa dahaga. Namun demikian, mereka tidak harus minum berlebihan kerana ini tidak sihat dan boleh menyebabkan mereka jatuh sakit.
Apa yang perlu saya lakukan jika orang tersayang tidak mahu bekerjasama?
Sekiranya orang tersayang tidak mahu bekerjasama, mereka mungkin hanya mahu membuktikan yang mereka lebih mampu mengawal dalam situasi yang tidak terkawal. Itu agak biasa. Apakah yang perlu dilakukan? Dengar aduan dan komen mereka dengan tenang dan penuh prihatin. Kemudian bincang dan jelaskan pandangan anda. Cuba faham dan cari pendekatan dan penyelesaian baharu yang sesuai untuk kedua-dua pihak. Jika orang tersayang tidak mahu menerima penyelesaian yang baik, jangan takut untuk menghubungi para profesional atau penjaga lain untuk membantu anda.
Bolehkah saya mendapatkan bantuan kewangan ketika menjaga seseorang yang mengalami inkontinen?
Ya, anda boleh. Penyedia kewangan menguruskan setiap keadaan penjagaan secara berasingan. Mereka akan menilai keadaan anda, dan mempertimbangkan isu-isu kesihatan lain yang mungkin dialami oleh orang tersayang anda. Berikut adalah sumber sokongan yang paling lazim:
  • Insurans swasta
  • Program nasional
  • Program berasaskan komuniti
Apakah jenis produk TENA yang patut saya gunakan?
Ini bergantung pada keadaan fizikal dan mental orang di bawah jagaan anda. Produk yang sesuai boleh meningkatkan keselesaannya, dan tidak perlu ditukar kerap kali. Kami mempunyai rangkaian produk yang direka untuk pelbagai jenis penjagaan .
Bagaimanakah saya membuang produk TENA?
Sila buang produk TENA yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Produk tidak direka untuk dibuang ke dalam tandas. Bagi memudahkan penyalinan dan pembuangan, kami mencadangkan tong sampah diletakkan di dalam bilik air atau bilik tidur anda.
Di manakah boleh saya membeli produk TENA?
Anda boleh mendapatkan produk TENA di pasaraya dan farmasi. Pasaraya biasanya menjual pilihan rangkaian produk TENA yang lebih kecil, manakala farmasi menawarkan pilihan produk yang lebih banyak. Jika tiada stok TENA yang tertentu di farmasi, kebiasaaanya mereka boleh memesan produk itu untuk anda daripada pemborong.
 
Sila lihat di bahagian Produk atau Kedai TENA dalam laman web ini.
 
Anda juga boleh memesan produk kami secara dalam talian di Kedai web TENA: www.vindamall.com
Di manakah sumber maklumat dan bantuan terbaik untuk penjagaan orang tersayang yang mengalami inkontinen?
Tempat yang baik untuk bermula adalah di sini, di laman web TENA. Terokailah di sini. Kami telah mengumpulkan banyak maklumat daripada para profesional penjagaan kesihatan dan penjaga yang menjaga ahli keluarga atau rakan di rumah.
Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat lanjut?
Untuk bantuan lanjut, hubungi:

Talian Bantuan CFM adalah perkhidmatan nasihat telefon percuma. Perkhidmatan ini tersedia untuk sesiapa sahaja yang tinggal di Malaysia, dan boleh diakses dari hari Isnin hingga Jumaat, antara jam 9.00 pagi dan 6.00 petang.

Talian Bantuan: 1700-81-4321
Emel: [email protected]
Facebook: www.facebook.com/continencemalaysia

Kami sentiasa mengesyorkan agar anda memaklumkan doktor anda jika orang tersayang anda mengalami masalah pundi kencing.
Adakah Jangkitan Saluran Urinari berkaitan dengan inkontinen?
boleh menyebabkan kekerapan membuang air kecil dan desakan berterusan untuk membuang air kecil. Seseorang yang mengalami UTI berterusan juga boleh mengalami secara tiba-tiba atau inkontinen yang teruk. Oleh itu, jika seseorang tiba-tiba mengalami simptom-simptom inkontinen urinari desakan, satu sebab yang mungkin ialah UTI. 
 
Inkontinen urinari boleh menjejas sesiapa sahaja pada sebarang peringkat umur, tetapi ia lebih biasa apabila usia kita semakin lanjut dan berkaitan pengambilan perubatan. Oleh itu, orang yang mengalami inkontinen urinari biasanya mempunyai masalah tambahan yang menyumbang kepada risiko UTI yang lebih tinggi. Beberapa contoh termasuk tidak dapat mengosongkan sepenuhnya pundi kencing, fungsi pertahanan imun menurun, dan penyakit kronik. 
 
Bakteria membiak dengan cepat dalam persekitaran lembap. Oleh itu kurangkan risiko UTI dengan menggunakan produk inkontinen TENA berkualiti tinggi. Bersihkan dan keringkan kulit dengan perlahan-lahan sebelum menggunakan produk baharu. 
 
Pencemaran tinja ialah risiko utama jangkitan kerana kandungan bakteria yang tinggi. Oleh itu, ini bermakna seseorang yang juga mengalami inkontinen usus akan berisiko lebih tinggi untuk mendapat UTI. 
 
Inilah sebabnya mengapa ia penting untuk mengikuti rutin kebersihan diri yang betul dan penjagaan perineal, selain rutin tandas individu yang memudahkan pengosongan sepenuhnya pundi kencing dan usus.