Language
EN | MS |

Inkontinen dan kebersihan diri

Inkontinen dan kebersihan diri

Amalan kebersihan merupakan bahagian penting dalam penjagaan seseorang yang mengalami masalah . Ia juga boleh membawa kesan positif dan menyeluruh terhadap kesejahteraan dan keselesaan hidup mereka. 

Mengapakah kebersihan diri amat penting?

Kulit warga emas sememangnya sensitif. Dan masalah boleh memburukkan lagi keadaannya. Ini boleh berlaku jika kelembapan daripada air kencing dan/atau tinja melekat pada kulit orang tersayang. Keadaan itu mungkin menghalang kulit mereka daripada membentuk satu lapisan pelindung. Akibatnya, kulit akan mula merosak. Dan sebaik sahaja kulit merekah, ia memudahkan bakteria untuk masuk dan menyebabkan ruam yang kurang menyenangkan.

Jadi mengapa tidak kita basuh sahaja dengan sabun biasa?

Sekarang, anda mungkin berfikir masalah ini boleh diatasi dengan membasuh secara kerap. Tetapi jika anda kerap membersihkan kulit mereka dengan sabun biasa dan air, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cucian sabun biasa boleh mengeringkan kulit dan melemahkannya lagi. Itu boleh menyebabkan ruam, dan jika masalah itu berlaku serentak dengan , ia boleh mengurangkan keupayaan kulit mereka untuk mencegah jangkitan. 
 
Walaupun keadaan ini tampak kurang memberangsangkan, sebenarnya masih ada langkah-langkah yang boleh anda amalkan untuk menjaga kesihatan kulit orang tersayang dengan elok.

Tip-tip penjagaan kulit untuk anda dan orang tersayang

Ramai penjaga yang menggunakan produk “tanpa-bilas” sebagai pengganti kepada kaedah membersih lama, iaitu dengan sabun dan air, mendapati ia lebih berkesan dan memudahkan tugas mereka. Penggunaan produk “tanpa bilas” ini dapat mengurangkan kekerapan kulit perlu dicuci dengan air, yang boleh menyebabkan ianya menjadi kering. 
 
​TENA Wash Cream kami ialah pembersih yang lembut, tanpa bilas yang ditambah dengan keupayaan melembap dan melindungi kulit warga emas.
 
Jangan terkejut jika anda mendapat tahu bahawa syampu kini juga boleh didapati dalam formula "tanpa bilas". Syampu jenis ini amat membantu untuk terutamanya penjaga yang perlu melakukan rutin membersih untuk orang tersayang yang banyak menghabiskan masa terlantar di katil. Untuk membantu orang tersayang kekalkan rambut mereka wangi dan segar, cubalah TENA Shampoo Cap kami.
 
Bau kurang menyenangkan sememangnya tidak dapat dielakkan oleh orang yang menderita masalah . Keadaan ini membuatkan mereka berasa malu atau tidak selesa. Bagaimanapun, adalah penting juga untuk tidak menggunakan secara berlebihan produk haruman yang bertujuan untuk menutup bau semata-mata. Rangkaian produk penjagaan kulit tanpa bilas TENA kami bukan sahaja dapat membantu orang tersayang berasa segar, tetapi juga boleh bertindak mengawal dan menghilangkan bau. 
 
Bagi memudahkan lagi rutin penjagaan kebersihan diri orang tersayang, anda boleh cuba menggunakan produk serba guna seperti yang ditawarkan dalam rangkaian syampu dan mandian TENA kami Ini membolehkan anda menggunakan hanya satu produk, dan bukannya dua, untuk menjaga kulit dan rambut orang tersayang secara serentak.
 
Sediakan pelbagai jenis pakai buang. Ini bagi memudah dan melancarkan anda melaksanakan rutin pembersihan harian orang tersayang. 
 
  • Tisu lap kering sekali pakai boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan bersilang yang kadang kalanya berpunca daripada penggunaan tuala boleh digunakan semula.
  • Tisu lap wet wipes sekali pakai pula mudah digunakan kerana ia boleh membersih dan menyegar dengan cepat di antara waktu mandi atau semasa anda membantu orang tersayang menyalin produk inkontinen.
Anda boleh memperoleh lebih banyak maklumat mengenai tisu lap TENA yang dirumus khas kami. Tisu ini akan membantu mempercepatkan dan memudahkan rutin kebersihan orang tersayang anda. Dihasilkan dengan tekstur khas dan bahan yang lembut, anda pasti berasa yakin dengan kemampuan tisu lap keluaran kami untuk membersih dan melegakan kulit halus orang tersayang. 
 

Senarai semak yang berguna

Ada baiknya untuk anda sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan peralatan untuk membersihkan orang tersayang apabila bantuan anda diperlukan pada bila-bila masa. Di bawah ialah senarai barangan penting yang anda perlu sediakan di rumah atau semasa dalam perjalanan. Dengan adanya produk-produk ini dalam tangan, anda akan dapat memastikan orang tersayang sentiasa kekal bersih dan selesa sepanjang masa. 
 
  • Tisu wet wipes sekali pakai (untuk cucian segera) dan kering untuk cucian dengan air.
  • Sarung tangan pakai buang
  • tambahan, produk tambahan untuk perlindungan (slip/seluar dalam atau pakaian dalam seperti sekiranya kemalangan berlaku di mana-mana sahaja di rumah atau semasa bersiar di luar) 
  • Losen mencuci atau pembersih yang lembut untuk digunakan dengan air atau larutan “tanpa bilas” (terutama jika orang tersayang kerap mengalami kemalangan atau anda berada di luar)
  • Beg plastik kunci zip yang lebih besar (untuk pakaian kotor dan/atau produk yang digunakan untuk perlindungan inkontinen)