Language
EN | MS |

Apakah yang boleh anda lakukan?

Membantu orang tersayang dengan masalah inkontinen mereka

Jika mereka masih belum berjumpa dengan doktor, aturkan temu janji dengan segera. Anda perlu ketahui sebanyak mungkin tentang keadaan orang tersayang. Dan kemudiannya mereka boleh mendapatkan rawatan yang sesuai. 
 
Doktor pasti akan melakukan yang terbaik untuk memastikan orang tersayang tidak dibelenggu dengan rasa tidak selesa. Mereka mungkin akan mencadangkan rawatan paling kurang invasif yang sedia ada. Pada awalnya, ia mungkin melibatkan perubahan gaya hidup, senaman fisioterapi dan penggunaan peranti perubatan (lihat di bawah). Jika kesemuanya tidak berhasil, maka doktor mungkin merujuk orang tersayang kepada doktor pakar untuk tindakan lanjut. Sebagai usaha terakhir, doktor pakar barangkali akan mencadangkan supaya orang tersayang menjalani pembedahan atau mengambil ubat. Usah bimbang, dengan bantuan profesional, anda akan dapat membantu orang tersayang menguruskan masalah mereka dengan sebaik mungkin.
 
Anda dan orang tersayang mungkin berasa malu apabila anda cuba membantu mereka dengan pengurusan inkontinen pada permulaannya. Ini perkara biasa. Lagipun, ini perkara peribadi. Tetapi ada banyak yang boleh anda lakukan untuk mereka. Jadi, ada baiknya jika anda dapat atasi rasa malu - ini akan membantu  mereka berasa lebih selesa.. Dan jika anda tahu sebanyak mungkin tentang keadaan mereka, anda akan memahami apa yang sedang mereka alami. Dengan itu, anda akan dapat memberikan sokongan yang mereka benar-benar perlukan.  

Tip-tip untuk pelbagai jenis inkontinen yang berbeza

Sudahkah anda baca bahagian Jenis inkontinen kami? Ia menerangkan beberapa jenis kelemahan pundi kencing yang paling biasa. Anda patut dapat mengenal pasti jenis inkontinen berdasarkan keadaan yang dialami oleh orang tersayang. 
 
Di bawah adalah beberapa tip profesional untuk membantu anda mengendalikan jenis yang menimpa orang orang jagaan anda.
Sokongan untuk inkontinen tekanan
Pertama, pertimbangkan gaya hidup orang tersayang. Beberapa perubahan kecil mampu membawa kesan yang positif dan menyeluruh. 
  • Pastikan mereka kekal terhidrat.
    Disebabkan masalah , anda mungkin berpendapat mereka tidak perlu minum air dengan banyak. Tetapi  itu adalah tanggapan salah dan ia boleh mengakibatkan air kencing mereka menjadi lebih pekat. Ini sekaligus memburukkan lagi pundi kencing mereka dan menjadikannya lebih aktif. Kami mencadangkan supaya orang tersayang terus meminum air seperti biasa dan apabila berasa dahaga. Langkah ini patut memadai untuk mengekalkan air kencing mereka dalam warna kuningan pucat yang sihat. Dan tentu sekali jika meminum terlalu banyak, kekerapan untuk ke tandas juga akan meningkat. Oleh itu, pastikan orang jagaan meminum air dengan seimbang.

  • Elakkan minuman tertentu.
    Perlu diingat bahawa sesetengah minuman adalah bersifat diuretik, dan pengambilan cecair berkaitan boleh menyebabkan anda lebih kerap ke tandas. Ini termasuk teh dan kopi yang mengandungi kafein, dan juga minuman beralkohol. Tidak ada masalah untuk membiarkan mereka menikmatinya sekali-sekala. Namun lebih baik jika ia tidak dihidangkan terlalu kerap.

  • Awasi tahap kalori mereka.
    Berat badan berlebihan boleh melemahkan , yang boleh menjadi penyebab inkontinen. Maka, demi membantu orang tersayang kekal sihat sejahtera, pastikan mereka mengamalkan pemakanan sihat, berkhasiat dan rendah kalori.

  • Kurangkan merokok.
    Adakah orang jagaan anda merokok? Merokok semata-mata tidak akan menyebabkan kelemahan pundi kencing. Tetapi batuk akibat daripada merokok boleh mencetuskan tekanan pada pundi kencing. Oleh itu, cuba menasihat mereka kurangkan atau berhenti merokok. Ini akan memberi manfaat kepada masalah inkontinen serta kesihatan am mereka.

  • Galakkan mereka untuk bersenam.
    Adakah orang tersayang boleh bergerak? Atau anda boleh membantu mereka bergerak? Mereka boleh meningkatkan pengawalan pundi kencing mereka dengan melakukan senaman lantai pelvis. Para saintis mendapati bahawa sehingga 70% kes inkontinen ringan hingga sederhana boleh menjadi bertambah baik atau disembuhkan dengan cara ini. Bagaimanapun, orang tersayang anda perlu melakukan senaman lantai pelvis yang betul (Kegel) – secara kerap dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Belum terlambat untuk bermula – walaupun mereka berumur dalam 70-an atau 80-an, mereka masih dapat mengurangkan simptom mereka. Pakar boleh mengesyorkan teknik seperti rangsangan elektrik untuk membantu menjalankan senaman ini dengan betul. Dapatkan maklumat lanjut tentang senaman.
Sokongan untuk inkontinen desakan
Masalah ini ada kalanya turut dikenali sebagai pundi kencing aktif lampau. Seperti gelarannya, ia berlaku apabila anda mempunyai desakan untuk ke tandas secara tiba-tiba dan tidak dapat menahannya. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda menjaga orang tersayang:
  • Bantu mereka pergi ke bilik air.
    Pastikan laluan ke tandas anda tidak terhalang dan mudah untuk dilalui.  Jika mereka masih boleh bergerak atau separa bergerak dan berupaya menyalin pakaian secara bersendiri, sediakan pakaian yang mudah ditanggalkan – iaitu, tanpa kancing yang rumit.

  • Bantu mereka dengan senaman dan latihan pundi kencing.
    Walaupun berdepan dengan desakan, adalah tidak mustahil untuk "melatih semula” pundi kencing. Untuk menjayakannya, galakkan orang tersayang untuk menahan keinginan buang air untuk selama yang mungkin.. Dan seboleh-bolehnya tidak pergi ke tandas dengan kerap. Latihan ini boleh menghalang pundi kencing mereka daripada mendapat "isyarat" untuk pergi ke tandas walaupun di ketika ianya hanya separuh penuh. Latihan ini akan menjadi lebih mudah sebaik sahaja orang jagaan anda membiasakan diri dengannya. Hampir 50% daripada mereka yang menderita akibat mendapati senaman tersebut berkesan selepas mencubanya.

Latihan Kegel untuk juga boleh membantu dalam sesetengah kes inkontinen desakan.

Membantu tangani inkontinen bercampur
Adakah orang tersayang menderita kedua-dua masalah tekanan dan desakan serentak? Jika ya, perkara yang paling mustahak anda harus tumpukan adalah simptom yang paling ketara dan cuba mengurusnya terlebih dahulu. Anda boleh membantu mereka  meulakan senaman otot lantai pelvis bagi , ataupun latihan ulangan untuk pundi kecing jika melibatkan . Sebaik simptom utama dapat diatasi barulah barulah beralih kepada satu lagi.
Sokongan untuk inkontinen fungsian atau saraf
Adakah ketidakupayaan fizikal atau mental menghalang orang tersayang anda daripada sampai ke tandas tepat pada masanya? Atau adakah ia menyukarkan mereka untuk mengawal pundi kencing?  Doktor mungkin dapat membantu. Dan sekiranya tidak, jangan berputus asa kerana banyak lagi yang boleh anda ikhtiarkan  untuk bantu orang tersayang perbaiki keadaan mereka.
 
Apa yang paling penting adalah kurangkan kesan kebocoran kencing dengan menggunakan produk yang bagus. Pad dan seluar inkontinen yang direka bentuk dengan sempurna berupaya menyerap air kencing.yang dibuang dengan sepenuhnya. dan seluar itu juga akan memberi rasa segar, kering, bersih dan selesa untuk pemakainya.
 
> Terokai rangkaian produk TENA.
Langkah-langkah untuk kes yang lebih serius
Bergantung pada keadaan orang tersayang, doktor atau doktor pakar mungkin memberi satu atau lebih cadangan seperti berikut:
  • Peranti perubatan
    Doktor mungkin memasukkan kateter (tiub yang bersambung pada uretra) dengan beg mudah alih untuk menyimpan semua air kencing. Langkah ini mungkin hanya bersifat sementara terutamanya jika masalah orang tersayang adalah berpunca daripada proses pemulihan daripada pembedahan yang dijalani. Anda mungkin perlu menukar dan membersihkan beg kateter mereka. Ia satu tugas yang mudah untuk dipelajari. Adalah penting untuk anda memahami bahawa kateter bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi pengurusan inkontinen urinari tetapi ia boleh membantu sementara untuk yang membesar selepas pembedahan.

    Alat yang paling biasa digunakan untuk kelemahan pundi kencing ialah pad dan seluar penyerap inkontinen. Direka untuk melindungi kebocoran kencing dan bau, ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan tahap penyerapan.

    > Terokai produk inkontinen TENA.

  • Pilihan terakhir: pengambilan ubat-ubatan dan/atau pembedahan
    Terdapat ubat-ubatan yang boleh membantu memperlahankan pundi kencing yang terlampau aktif. Untuk mengetahui tentang ubat-ubatan yang dapat membantu orang tersayang dalam pengurusan , minta doktor untuk merujuk anda kepada doktor pakar – contohnya pakar urologi atau pakar uroginekologi.

    Pembedahan boleh membantu merawat inkontinen, namun cara ini jarang digunakan.
Cara lain yang boleh anda bantu
Apa lagi yang boleh anda lakukan untuk melancarkan kehidupan seharian orang tersayang yan menderita ? Pastikan laluan ke tandas anda tidak terhalang dan mudah untuk mereka melaluinya. Jika mereka masih boleh berdikari/separa berdikari dan berupaya memakai pakaian secara bersendirian, maka seelok-eloknya sediakan pakaian yang mudah dipakai atau ditanggalkan - iaitu jenis pakaian yang tanpa kancing rumit.
Berikan layanan yang terbaik kepada orang tersayang
Ketahui bagaimana TENA boleh menawarkan penyelesaian yang berkesan untuk membantu orang tersayang kekal bersih dan selesa – lihat rangkaian produk TENA di sini.