Language
EN | MS |

Krim dan Tisu Lembap Pembersihan

Rutin pembersihan yang baik adalah penting untuk mencegah kegatalan kulit. Pilihlah daripada rangkaian luas produk yang terdiri daripada tisu lembap pembersihan, tisu kering, kain, pembersih, mousse pencuci serta barangan penjagaan kulit inkontinen yang lain. Produk pembersihan TENA menawarkan alternatif berciri lembut sebagai pengganti kepada sabun dan air. Ia membersih dengan lembut dan melindungi kulit walaupun sehalus dan serapuh mana pun. Setiap produk TENA dihasilkan dengan teliti, khusus untuk penjagaan inkontinen, justeru sesuai untuk digunakan ketika menyalin produk inkontinen atau untuk membersih keseluruhan tubuh badan seseorang yang berbaring di atas katil atau di bilik mandi. Ia juga bagus untuk pembersihan secara kerap kerana sabun dan air boleh mengakibatkan kulit kering. Tatkala produk penyerap mengurangkan kontak kulit dengan air, pelbagai barangan penjagaan kulit kami pula menawarkan pembersihan lembut dan perlindungan kulit. Produk pembersihan  TENA adalah begitu selesa digunapakai pada kulit yang rapuh dan berkesan. Kesemua tisu lembap kami direka bentuk dalam saiz yang bersesuaian untuk golongan dewasa. Dapatkan produk pembersihan inkontinen yang sesuai mengikut keperluan anda untuk memelihara kulit yang segar, bersih dan sihat.

Hand using cleansing wipe from TENA

1 products

01 UI/Buttons/Icon/List-Default-Women

TENA Wet Wipes

Tisu basah yang membersihkan, memulihkan dan melindungi kulit warga emas